“Nyaring abahnya bebel kalah mama” – Bonda Rozita

Melayani kerenah anak-anak sememangnya memenatkan. Anak-anak pula punyai pelbagai ragam dan ciri-cirinya. Ada yang jenis pendiam, ada yang jenis petah berkata-kata, ada yang jenis lasak dan pelbagai ragam lagi. Nak pula yang masih kecil dimana ibu bapa masih mempelajari rentak setiap anak-anak itu kernaa anak-anak juga sedang belajar melalui persekitaran mereka.

Begitu jugalah anak-anak Dato’ Aliff dan Datin Shahida. Mereka walaupun sudah punyai anak-anak yang umurnya sudah boleh diharap, namun mereka masih punyai anak-anak kecil yang lain.

Anak-anak kecil yang sedang membesar ini mereka punyai sifat ingin tahu yang tinggi. Mereka kadang kala mahu explorasi sendiri sesuatu perkara itu.

Baru-baru ini, Dato’ Aliff berkongsi sebuah video dimana anak-anak kecilnya sedang bermain botol ubaat di dalam rumah kediamannya.

https://www.instagram.com/tv/CQyR6e5pbys/?utm_medium=copy_link

Didalam video berkenaan, anak-anak kecil Dato’ dimaarahi oleh bapanya itu kerana bermain dengan ubaat cecair sehingga habis. Dilihat anaknya, Yusuf dan Raudhah terdiam kaku ketika dimaarahii ayahnya dan Yusuf meletakkan salah pada Raudhah apabila ditanya siapa yang melakukan perkara oleh ayahnya.

Bonda Rozita sempat berseloroh di ruang komen mengatakan suara bebelan Dato’ Aliff lagi nyaring dari isterinya, Datin Shahida.

Netizen juga sangat terhibur melihat kerenah anak beranak ini terutamanya melihat Yusuf merajuk di belakang langsir.

Tidak dapat dinafikan, anak-anak Dato’ Aliff sudah bosan duduk dirumah. Tidak kira anak siapa memang akan bosan apabila terpaksa dikurung dan tak dapat bersosial dengan rakan sebaya buat masa sekarang.

Jadi ibu bapa harus lebih kreatif untuk mengisi masa lapang anak-anak supaya mereka masih aktif dan cergas fizikal dan mntal.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!