“Ingat ore putih doh td, dengar hok last hmm ore ganu” – Netizen

Menjadi seorang warganegara Malaysia adalah sangat bertuah. Mana tidaknya, negara yang sangat aman damai walaupun masyarakatnya adalah masyarakat majmuk iaitu Melayu, India, Cina dan pelbagai lagi. Bukan itu sahaja, oleh kerana hidup dalam majmuklah pelbagai juadah mengikut budaya senang didapati disini. Bukan sahaja masyarakat yang pelbagai, malah terdapat 14 negeri dengan pelbagai loghat untuk diperdengarkan.

Siapa tidak mengenali lagi mat salleh yang mngalkan kampung halamannya untuk hidup di dalam Malaysia, Mat Dan. Beliau yang berwarganegara British itu sudah jatuh cinta dengan keindahan Malaysia termasuklah orangnya sehingga telah mengahwini salah seorang wanita dari negara kita dan dikurniakan dua orang anak sekarang.

Anak sulung Mat Dan yang dikenali sebagai Zayne dilihat sebagai seorang anak yang bijak. Mana tidaknya, kepetahannya bercakap sering dikongsi oleh bapanya.

Baru-baru ini, Mat Dan berkongsi sebuah video anaknya mencuba bermain ‘twister tongue’ bersama ibubapanya.

Dilihat di dalam video berkenaan, Zayne cuba untuk menyebut sebuah ayat Inggeris yang membelit lidah beberapa kali sehingga beliau sudah putus asa dan menyambung dalam dialek Terengganu.

Netizen tersangat terhibur melihat kepetahan Zayne berdialek Terengganu dan ada yang berkata mereka menyangka Zayne adalah anak orang putih tetapi ternampak kemelayuan Zayne apabila berdialek Terengganu.

Apabila mendengar Zayne petah menggunakan bahasa kita, kita seharusnya berasa bangga bahawa orang luar mahu zuriatnya meminati budaya dan orang-orang kita.

Jadi kita sebagai anak Malaysia juga haruslah terapkan sifat kemelayuan juga pada bakal modal insan kita untuk masa depan supaya tidaklah hilaang Melayu didunia.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!