“Saya cuma fikirkan diri saya sahaja, menyebabkan Issa speech delayed”- Mia Ahmad

Sebahagian anak-kanak pada zaman berteknologi moden ini ternyata mengalami maasalah lambat bercakap (speech delay) akibat tiada limit dalam penggunaan gajet. Pada zaman yang serba moden ini, ramai ibu bapa memberikan screen time tanpa had kepada anak-anak supaya ingin memberi fokus pada kerja yang lain. Namun, ia memberi kesan yang sangat buuruk kerana anak-anak yang terlalu didedahkan dengan gajet menyebabkan gangguan kepada perkembangan saraf mereka.

Pelakon Mia Ahmad telah menyatakan perasaan menyesal menerusi posting di Instagram selepas tindakannya membiarkan anak sulungnya, Sayf Issa bermain gajet tanpa had sehingga menyebabkan masalah lambat bercakap.

Bukan hanya masalah lambat bercakap, Sayf juga alami beberapa masaalah seperti sh0rt attention span dan s0cial sk1ll pada usia tiga tahun.

Namun selepas menyedari anaknya mengalami masalah lambat bercakap setahun yang lalu, Mia telah mengambil langkah awal dengan mengehadkan penggunaan gajet dan memberi bimbingan terapi buat Sayf.

Dan kini, Sayff perlahan-lahan telah mula menunjukkan progres yg baik apabila anak kecil itu sudah mula pandai bercakap dan berinteraksi.

Mia Ahmad akui kesilapannya dan menasihati para ibu bapa yg lain supaya mengawal penggunaan gajet kepada anak-anak supaya tidak terjadi masalah sama yang dialaminya.

Dalam pada itu, posting video oleh Mia Ahmad telah mendapat perhatian daripada pengikut-pengikutnya di Instagram. Video tersebut menunjukkan Sayf sedang belajar bercakap bersama guru bimbingan.

Daripada posting yang dimuatnaik Mia itu, ada juga di antara ibu bapa berkongsi pengalaman yang sama seperti yang dihadapi Mia apabila anak mereka juga mengalami masalah lambat bercakap.

Sebahagian netizen turut memberi kata-kata semangat buat Mia dan mendoakan yang terbaik buat Sayf menerusi ruangan komen.

Alhamdulillah progres yang baik buat anak Mia Ahmad. Ibu bapa perlu ambil pengajaran dari pengalaman yg Mia kongsikan supaya anak-anak tidak mengalami masalah ketika zaman kecil mereka. Penting untuk ibu bapa pantau anak-anak ya.

Sumber: instagram mia.ahm4d

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!