“Siapa lah dulu ngata Aaisyah xreti ckp omputeh, tgk dia xmau ckp malayu dah” – Netizen

Si Cilik Aishah Dhia Rana yang merupakan satu-satunya anak perempuan kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin kini sudahpun menginjak usia 6 tahun pada Disember tahun lalu. Semakin membesar wajah kanak-kanak tersebut semakin mewarisi kejelitaan ibunya. Aishah Dhia Rana yang juga mesra dalam kalangan netizen dengan panggilan Ecah juga sangat petah bercakap.

Kecomelan wajah anak kepada pasangan pelakon ini juga sering menjadi sebutan sejak dari dahulu lagi. Semakin membesar kecomelan wajah Aishah Dhia Rana semakin menyerlah. Dan kini pada usianya yang sudahpun 6 tahun, Aishah Dhia Rana yang mesra di sapa sebagai Ecah ini semakin bijak bergaya.

Ecah sekarang boleh bertutur dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu dengan sangat baik walau hanya baru berusia 6 tahun. Tengok lah sahaja video-video yang muatnaik oleh ibu bapanya di instagram, petah betul Ecah ni bercakap.

Ecah yang juga sudah memulakan sesi persekolahan adakalanya dilihat sedang membuat kerja sekolah dan dibantu ibunya. Telatah anak beranak itu juga turut mencuit hati apabila dikongsikan oleh ibunya itu menerusi instagram Ecah sendiri.

Sehingga kini instagram yang diwujudkan oleh ibu bapanya sejak Ecah masih kecil itu sudahpun mencecah 1.6 juta pengikut. Gelagat Ecah juga sering mencuri tumpuan netizen dan video-video si cilik itu juga mencecah ratusan ribu tontonan setiap kali dimuatnaik.

Instagram yang diwujudkan oleh ibu bapanya sejak Ecah masih kecil itu menjadi sebagai diari yang merakamkan segala aktiviti Ecah sejak dari kecil sehingga kini.

Adakalanya ragam Ecah tersebut membuatkan netizen begitu terhibur kerana walaupun kanak-kanak tersebut suka bergaya serta sering berlakon seperti orang dewasa namun hakikatnya Ecah masih seorang kanak-kanak yang masih minum menggunakan botol susu.

Video terkini yang dikongsikan memaparkan gelagat Ecah sedang mencuba sepotong kek Lapis Pandan Cheese yang dibuat oleh ibunya. Semasa mencuba sepotong kek tersebut, Ecah memberikan ulasan di dalam bahasa inggeris sambil menikmati air tangan ibunya itu.

Ecah berkata dirinya sangat sukakan kek berkenaan. Lagak dan gaya Ecah membuat ulasan seolah-oleh seperti seorang juri masakan pula. Video yang baru saja dimuatnaik beberapa jam yang lalu itu sehingga kini telah mendapat sebanyak 34,798 ribu tontonan.

Bagaimanapun, apabila mendengarkan ulasan yang dibuat oleh Ecah dalam bahasa inggeris tersebut, ada peminat yang merindui gaya pertuturan Ecah di dalam loghat utara seperti ibunya Che Ta.

Peminat berkenaan juga tidak bersetuju apabila netizen berkata Ecah tidak pandai berbahasa inggeris semasa bertutur dalam loghat utara bersama ibunya itu sebelum ini. Berikut dikongsikan komen netizen berkenaan.

Ecah ni suka betul bergaya sebijik macam mak dia Che Ta. Panjang akal pula tu, ada sahaja idea kreatif kanak-kanak tersebut dalam berpakaian.

Jika sebelum ini Ecah pernah menggayakan seluar dalam sebagai baju, tidak ketinggalan dalam video seterusnya pula dimana Ecah telah menjadikan seluar tidur ibunya sebagai dress pula.

Wah ada saja idea Ecah kan. Semakin Ecah membesar Ecah semakin mewarisi kejelitaan dan perangai ibunya yang begitu suka bergaya dan melaram.

Sumber : ig aishah dhia rana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!