“Mommy gembira dgn anak yg hanya dibesarkan oleh ibu tunggal”- Rita Rudaini

Sebut sahaja nama selebriti Rita Rudaini, pasti ramai mengenalinya dengan pelbagai isu termasuklah isu vks1n. Namun di sebalik isu berkenaan, Rita antara pelakon wanita yang cukup berbakat. Tengok saja lakonannya, betul-betul menarik perhatian penonton selain memiliki wajah yang cantik. Walaupun sudah mempunyai dua orang cahaya mata lelaki, Rita masih maintain muda daripada usianya.

Bercerita tentang Rita, sudah ramai mengetahui beliau merupakan salah seorang ibu tunggal. Dengan kudratnya sendiri, Rita membesarkan kedua-dua orang anaknya yang bernama Airit dan Arjuna.

Bukan mudah apabila seorang ibu tunggal membesarkan anak-anaknya. Banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa dilalui Rita sendirian. Itulah pengorbanan seorang ibu, memang tiada tandingannya.

Rita salah seorang yang melalui situasi tersebut dan cukup kuat menghadapinya. Rita membesarkan anak-anaknya sehinggalah Airit dan Arjuna telah besar menjadi remaja.

Baru-baru ini, anak sulung Rita telah dihantarkan ke sekolah asrama. Dan pertama kalinya Rita berjauhan dengan anaknya.

Suasana bertukar hiba apabila Rita dilihat memeluk anaknya sambil dirakam oleh seseorang. Malah lebih menyedihkan lagi apabila kapsyen yang ditulis Rita begitu meruntun hati.

Rita menerusi kapsyennya memberitahu, hubungannya bersama Airit cukup rapat sehingga tidak pernah berjauhan. Kata Rita lagi, beliau bangga dengan pencapaian anaknya meskipun dibesarkan oleh Rita sendirian.

Sementara itu, Video Rita telah ditonton sehingga 71,000 tontonan dan hanya beberapa komen sahaja yang dibenarkan di ruangan komen.

Sebahagian komen telah meletakkan emoji sedih dan sememangnya video Rita mengundang sebak di hati netizen. Kuat betul Rita lalui suka duka dengan anak-anak walaupun berseorangan.

Semoga Rita sentiasa kuat dalam melalui dugaan ye. Suka tengok hubungan rapat Rita dengan anak-anak bujang dia.

Sumber: Instagram ritrud727

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!