“Ya Allah semangat gil4 aku nak selfie ngn bini aku” – Hafiz Suip

Seorang suami pasti mahukan yang terbaik buat isteri. Perubahan ke arah kebaikan adalah perkara yang penting yang harus berlaku dalam kita. Kita lama kelamaan perlu sedari bahawa perubahan ke arah kebaikan itu bukan sahaja untuk kita di dunia malah di akhirat kelak. Lebih-lebih lagi hidup berpasangan, kita harus bersama-sama menggerakkan pasangan kita untuk berubah diri menjadi yang lebih baik.

Siapa lagi yang tidak mengenali penyanyi Awan Nano iaitu Hafiz Suip. Beliau yang berasal dari Kuching Sarawak itu memulakan karier beliau dengan menyertai rancangan realiti tv Akademi Fantasia musim ke 7 dan memenangi tempat pertama untuk musim itu.

Selepas menjadi juara, beliau perlahan-lahan membina nama dan menghasilkan banyak lagu dan memenangi banyak anugerah seperti Awan Nano dan Ombak Rindu.

Pada tahun 2016, beliau telah mengikat tali pernikahan bersama wanita pilihan beliau iaitu Nureffy dan masih bersama sehingga kini. Daripada perkahwinan beliau, terhasillah dua cahayamata lelaki yang sangat comel berusia 5 tahun dan 2 tahun.

Hafiz Suip selalu dikenali sebagai seorang suami dan ayah yang penyayang. Beliau sering dilihat sangat mengasihi isterinya. Beliau juga dilihat sebagai seorang individu yang berubah menjadi seorang individu yang lebih baik dan dilihat lebih mendekati agama.

Baru-baru ini, beliau ada berkongsi sebuah gambar dimana beliau sangat teruja dengan perubahan isterinya yang mula untuk berhijab.

Dilihat dalam gambar tersebut, Hafiz Suip dilihat sangat gembira melihat isterinya itu mengenakan hijab bersama baju kasual. di dalam kapsyen beliau sempat berkata bahawa beliau sangat teruja untuk menangkap gambar bersama isterinya yang sedang berhijab.

Netizen kebanyakannya bersyukur melihat perubahan itu dan mendoakan isteri Hafiz Suip terus istiqomah dengan perubahan yang baik dalam bulan yang baik ini.

Setiap perubahan itu sebenarnya menandakan satu keberkatan yang dikurniakan oleh Illahi. Kerana yang baik itu datang dari Dia, dan yang bur0k itu datang dari kita sendiri. Makanya, kita sebagai individu perlu sedari kesilapan kita dan berusaha menuju ke arah kebaikan.

sumber : instagram hafizsuip

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!