“Abil mengaji setiap hari dan dpt solat dgn sempurna wlpn kdg2 xcukup 5 waktu” – Nabila Huda

Pndemik yang berlaku sekarang telah mengubah segala rutin harian dan kebiasaan dalam kehidupan setiap orang dalam negara ini. Bukan sahaja di Malaysia, malah satu dunia sedang mengalami masalah yang sama apabila pergerakan setiap orang terpaksa dihadkan sehingga harus berkurung di dalam rumah sehingga berbulan-bulan lamanya bagi mengekang penularan penyaakit berbhaya ini.

Sama seperti orang lain, para artis juga tidak terkecuali dari perkara ini. Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil, telah berkongsi pengalamannya sepanjang tempoh berkurung di rumah seperti yang disarankan oleh kerajaan. Perkara ini ternyata telah merubah banyak aspek dalam kehidupan sehariannya.

Bukan dari segi negatif, Nabila telah berkongsi bahawa dia kini sudah banyak berubah menjadi insan yang lebih baik lagi untuk keluarga dan juga diri sendiri.

Jika dahulu dia lebih sibuk berkejar dengan dunia lakonannya yang sibuk, tetapi kini dia sudah mula meluangkan lebih masa bersama keluarga dan juga mendalami ilmu keagaamaan dengan lebih baik lagi.

Kata-kata dari Nabila itu telah mendapat perhatian dari rakan artis yang lain seperti Emelda Rosmila, Noor Khiriah, Yana Samsuddin dan ramai lagi yang turut bangga dengan perubahan dalam diri Nabila sendiri.

Bukan sahaja itu, ramai mengakui bahawa kata-kata dari Nabila itu sangat memberi inspirasi buat mereka untuk kekal dan terus positif menghadapi hari-hari sepanjang duduk di rumah sehingga pndemik cvd 19 ini dapat dihapuskan.

Ketulusan dan kejujuran Nabila meluahkan segala yang terbuku dihatinya sangat mengusik perasaan buat sesiapa yang membacanya.

Niatnya juga adalah untuk memberi motivasi buat semua orang untuk tetap sabar dan tabah menghadapi ujian ini.

Syabas diucapkan buat Nabila kerana memberi inspirasi buat semua para netizen yang mungkin hampir putus asa menghadapi keadaan yang mencabar ini.

Sumber: Instagram Nabila Huda

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!