“MashaAllah pandainya Aafiyah, penuh didikan agama dari kecil” – Netizen

Siti Aafiyah Datuk Khalid merupakan anak sulung kepada pasangan Datuk Khalid Muhammad Jiwa dan penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti. Siti Aafiyah yang dilahirkan pada tanggal 19 Mac 2018 itu telahpun berusia 3 tahun. Ramai yang berkata wajah Aafiyah sangat seiras dengan Tokti. Memang sekali pandang wajah Aafiyah saling tak tumpah seperti Tokti ketika zaman muda remaja dahulu.

Bertuah sungguh Aafiyah dapat mewarisi kejelitaan ibunya. Sikap Aafiyah yang sangat bijak dan petah berkata-kata itu seiring dengan usia kanak-kanak tersebut. Gelagat Aafiyah yang mencuit hati dan menghiburkan membuatkan para peminat tidak pernah jemu dengan kanak-kanak itu.

Para peminat juga gembira melihat Aafiyah seronok menerima adik. Aafiyah juga menjadi seorang kakak yang sangat baik terhadap adiknya. Wajah terkini Afwa juga menarik perhatian kerana dilihat semakin tembam dan comel.

Menurut Tokti nama yang diberikan untuk anak keduanya itu merupakan kesinambungan doa yang beliau ambil sewaktu memberikan nama untuk anak pertamanya Siti Aafiyah dahulu.

Netizen juga kagum dengan cara Tokti mendidik Aafiyah yang sangat cerdik dan penuh dengan didikan agama sejak daripada kecil. Pada usia Aafiyah yang kini baru menginjak 3 tahun, Aafiyah sudah didedahkan dengan pengetahuan mengenai agama islam.

Sebelum ini juga Tokti pernah berkongsi video Aafiyah memakai telekung untuk solat Magrib. Walaupun diusik oleh ibunya itu namun kanak-kanak tersebut hanya tersenyum mesra untuk bersolat bersama Kakak Dya.

Terbaru sebuah instagram yang diwujudkan buat para peminat Siti Aafiyah telah berkongsi sebuah video yang dirakamkan oleh Tokti dimana menunjukkan anaknya Aafiyah mampu menyebut beberapa warna dalam bahasa arab.

Kepetahan Aafiyah itu menyebabkan Tokti merasa sangat teruja kerana anaknya sudah mampu menyebut perkataan-perkataan dalam bahasa arab. Tokti juga berkata dirinya turut berminat untuk belajar bahasa arab bersama Kakak Dya yang merupakan pengasuh baru Aafiyah.

Reaksi Aafiyah yang juga ketawa dengan sangat kuat apabila dipuji oleh ibunya juga mencuit hati netizen. Ramai yang memuji kecomelan Aafiyah apabila ketawa sebegitu dan peminat turut terhibur dengan gelagat Aafiyah itu.

Video ringkas berkenaan sudah mendapat 8773 tanda suka dan 53 komen daripada para peminat. Berikut dikongsikan reaksi netizen terhadap video berkenaan.

Siti Aafiyah yang sudah pun menginjak keusia 3 tahun sangat petah bercakap dan sangat cerdik.  Para peminat juga gembira melihat kepintaran Aafiyah sebagai penyejuk hati keluarga.

Walaupun sebelum ini Tokti diuji selama 11 tahun sebelum mendapat zuriatnya yang pertama, namun kelahiran Siti Aafiyah dilihat telah memberikan rahmat yang sangat besar buat Tokti sekeluarga.

Apatah lagi kini dengan kelahiran anak keduanya seorang bayi lelaki iaitu Muhammad Afwa baru-baru ini. Kini sudah lengkap sepasang anak Tokti. Mudah-mudahan keluarga ini terus dilimpahi rahmat Allah.

Sumber : ig aafiyah khalid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!