“Fizi, cpt ikat Kila semula”- Netizen

Jika sebut sahaja tentang pencer4ian, pasti rata-rata akan menyifatkan perkara tersebut sebagai perkara yang negatif. Mereka yang sudah mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan hubungan yang kekal hingga ke akhir hayat. Tiada siapa yang bermimpi untuk menjalani hubungan separuh jalan lebih-lebih lagi buat pasangan yang sudah pun memiliki cahaya mata.

Dunia hiburan sempat gemp4r pada bulan Disember tahun lalu, apabila pasangan yang sentiasa dilihat romantis ini telahpun mengesahkan pencer4ian hubungan mereka. Fizi Ali yang merupakan penyampai radio Suria FM telah berkongsi berita duka pencer4iannya bersama bekas isteri iaitu Shakilla Khoriri di laman Instagram.

Menjalani hubungan percintaan yang cukup panjang iaitu selama empat tahun sebelum mengikat ikatan perkahwinan pada tahun 2018, Fizi Ali sempat menyampaikan perasaannya yang masih sayang terhadap Shakilla Khoriri serta sedih ketika ditemu-bual.

Ramai yang terkejut termasuk rakan artis serta para peminat yang sentiasa menyokong dan mendukung hubungan pasangan selebriti ini sejak dahulu lagi. Malah, hingga kini masih ramai yang mengharap dan mendambakan bahawa hubungan pasangan ini akan kembali pulih seperti semula.

Sejak pencer4iannya bersama Fizi Ali, Shakilla dilihat sering berkongsi ayat-ayat puitis yang penuh dengan makna di laman Instagramnya. Posting terbarunya dia telah mengungkapkan betapa bersyukurnya dia memiliki puteri kesayangan yang bernama Ameena Sofia hasil perkahwinan bersama Fizi Ali.

Shakilla juga mengungkapkan bahawa dia hanyalah seorang manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan dalam kehidupan. Dia berharap agar dapat menjadi ibu yang baik buat puteri sulungnya itu yang kini baru menginjak umur tiga tahun.

Seakan faham dengan perkara yang hendak disampaikan dan diceritakan oleh Shakilla, ramai peminat yang memberikan sokongan moral untuknya agar terus kuat demi puteri tercinta Ameena Sofia. Malah ada juga yang memberi komen bagi menyuruh Fizi untuk kembali mengikat hubungan semula bersama Shakilla.

Tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam hubungan mereka berdua. Sebagai netizen dan peminat kepada kedua-dua insan hebat Shakilla dan Fizi Ali, sebaiknya jika kita mendoakan sahaja apa yang terbaik buat kedua-dua mereka. Semoga ada jalan lebih baik yang telah diaturkan oleh Yang Maha Esa buat mereka berdua.

Sumber: Instagram Shakilla Khoriri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!