“Makin tua makin pelik la tok vida” – Citarasa berfesyen DSV dikritik netizen

Nama usahawan Dato Seri Vida sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Beliau mula dikenali setelah menjadi penaja pertandingan nyanyian Gegarvaganza selama beberapa musim. Sikap beliau yang penuh dengan gelagat tersendiri berjaya mencuri perhatian orang ramai untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat. Usahawan tersebut mempunyai gaya yang cukup unik dan tersendiri untuk mempromosikan produk beliau.

Turut mengikuti jejak langkahnya ialah anak perempuan beliau iaitu Cik B, yang juga kian aktif dalam berniaga. Cik B juga pandai membawa diri apabila kini berdikari mengembangkan kerjaya dengan menyertai pertandingan Muzikal Lawak Superstar pula. Cik B membuat penampilan sulung sebagai pelakon menerusi drama Lelaki Lingkungan Cinta serta mengeluarkan lagu single pertamanya yang berjudul Tolonglah Aku.

Nama Dato Vida hangat sejak akhir-akhir ini apabila terpalit dengan isu melibatkan anaknya yang bertanding di pertandingan Muzikal Lawak Superstar. Dato Vida mengkiritik cara penjurian dalam memberikan markah kepada persembahan anaknya menerusi sebuah video yang dimuatnaik di laman instagram.

Video tersebut kemudiannya tular apabila netizen memberikan tumpuan terhadap barangan kemas bersaiz besar yang sarat dipakai oleh beliau semasa merakamkan video berkenaan. Memberikan maklumbalas terhadap isu tersebut, Dato Vida berkata beliau mampu untuk memiliki dan menggayakan barangan kemas tersebut.

Tambahan pula beliau berniaga barangan kemas jadi perkara berkenaan tidak menjadi suatu isu besar untuknya. Jika boleh, selepas ini beliau berminat untuk memakai barangan kemas bersaiz piring astro pula.

Dato Vida tidak ketinggalan menggunakan Instagram sebagai platform untuk beliau membuat promosi beberapa produk keluarannya termasuklah barang kemas.

Terkini, beliau memuatnaik sebuah video untuk mempromosi kedai emas beliau namun pakaiannya dalam video tersebut pula yang menjadi perhatian netizen.

Umum mengetahui Dato Vida suka menjadi tumpuan dan sukakan perhatian.  Jadi tidak hairanlah beliau gemar menggayakan pakaian yang juga lain daripada yang lain. Bagaimanapun buat netizen, mereka merasakan citarasa Dato Vida dalam berfesyen agak pelik dan tidak sesuai dengan usia.

Pakaian Dato Vida dalam video tersebut menerima kritikan yg agak hebat. Berikut dikongsikan komen-komen netizen terhadap tindakan Dato Vida.

“Pakai baju Tu longgar sikit datuk, takut saya tgok” – Netizen

“syantiknya dato,warna warni like a rainbow” – Netizen

“Buat baju tudung emas la dato n tempah kubur dinding emas yg boleh masuk letak sofa berecon baru kaya” – Netizen

“Dato, jangan la pakai ketat2 dgn berhijab, Pastu tayang emas besar2 riyak. Seolah MEMPERSENDAKAN islam tiada beza mcm SAJAT.” – Netizen

“Dato kalu dah mcm tu pakai..jadi taklawa pulok. Biat sedang2..yg sedang2 dalam apa2 hal tu yg menawan” – Netizen

“alahai..saratnya dato…siap stokin ijau. merelipss.” – Netizen

“Mcm.badut sarkes dh aku tgk” – Netizen

“Rilex2 dato.. Azab sgt tu napok.. Kito tgk pun siye nok jale pun rohok denge ootd ketat sendat denge kakah mah besar2 tu “ – Netizen

“Bakpe la dato jd supe ni lening “ – Netizen

Adakalanya teguran yang diberikan oleh netizen hanyalah untuk kebaikan Dato Vida itu sendiri. Kita tunggu apa pula respon Dato Vida terhadap isu ini.

Semoga Dato Vida mengambil kritikan netizen tersebut sebagai kritikan yang membina untuk beliau menjadi seorang yang lebih baik lagi pada masa hadapan.

Sumber: Instagram datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!