“Lizzy akan bg 50% dri jumlah pndapatan, tlg jujur sbb byk sgt keluarga xckp mkn” – Elizabeth Tan

Nama penyanyi Elizabeth Tan sudah tidak asing lagi kepada masyarakat melayu di Malaysia. Penyanyi berbangsa cina itu begitu dikenali dalam kalangan masyarakat melayu kerana kefasihan beliau bertutur dalam Bahasa Melayu dan begitu mesra melayani para peminat di media sosial. Elizabeth Tan atau mesra di sapa Lizzy mula dikenali melalui saluran Youtube.

Beliau sering menyanyikan beberapa lagu saduran sebelum ini dan suara beliau sering mendapat pujian ramai pendengar. Bakat beliau dikesan oleh penyanyi Faizal Tahir dan akhirnya Lizzy diambil sebagai artis yang bernaung dibawah syarikat rakaman Faizal Tahir. Lizzy akhirnya muncul dengan beberapa lagu yang popular sehingga namanya mula dikenali ramai.

Baru-baru ini Lizzy telah mengejutkan para peminat apabila mengambil keputusan untuk berkahwin secara rahsia. Sebelum ini Lizzy pernah berkongsi bahawa beliau dan suaminya tidak tinggal sebumbung kerana masing-masing masih tinggal bersama keluarga mereka sendiri.

Suami Lizzy yang dikenali sebagai Siew Jim atau lebih mesra di panggil Jim yang juga merupakan seorang dktor yang kini bertugas di Sabah.

Ketika disoal mengenai majlis perkahwinannya yang dibuat secara rahsia, Lizzy memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai ramai kenalan untuk dijemput.

Oleh itu mereka mengadakan majlis berkenaan secara kecil-kecilan dengan menjemput ahli keluarga terdekat dan sahabat baik. Tambahan pula mereka perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Menerusi akaun instagram, beberapa jam yang lalu Lizzy baru sahaja berkongsi video yang menyuarakan hasrat dirinya untuk membantu golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Pelantun lagu Semua Sudah itu membuat keputusan untuk menyerahkan sebanyak lima puluh peratus hasil pendapatan dirinya kepada golongan yang terjejas.

https://www.instagram.com/p/CQ2dMGIlkbG/?utm_medium=copy_link

Beliau berharap sumbangan berkenaan sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang benar-benar memerluukan bantuan ketika ini. Menerusi video berkenaan juga Lizzy berkata kepada mana-mana individu yang terjejas, mereka boleh memberikan nombor akaun kepadanya dan beliau akan terus menyalurkan bantuan kewangan tersebut.

Bagaimanapun Lizzy berkata dirinya amat mengharapkan kejujuran daripada orang ramai supaya sumbangan berkenaan sampai kepada orang yang benar-benar memerluukan sahaja.

Mengenangkan banyak keluarga yang saban hari terputus bekalan makanan dan berada dalam kesusahan, Lizzy juga memohon supaya jangan mengambil hak mereka dengan berkelakuan tidak jujur.

Niat murni Lizzy itu mendapat pujian daripada para netizen namun menasihati Lizzy agar berhati-hati kerana kebanyakkan golongan yang memerluukan bantuan ini mungkin tidak mempunyai data internet apatah lagi media sosial.

Netizen merasa agak bimbang kerana berkemungkinan besar hebahan mengenai bantuan yang ingin diberikan oleh Lizzy tidak sampai kepada golongan yang sepatutnya.

Tidak kurang juga beberapa netizen yang mengusulkan pelbagai cadangan kepada Lizzy untuk menyalurkan bantuan beliau itu menerusi saluran yang lebih baik seperti kepada badan-badan NGO.

Namun begitu mereka turut mendoakan agar urusan Lizzy untuk membantu golongan yang susah dipermudahkan. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen di ruangan komen entri berkenaan.

“yes. even nak beli top up utk internet pun tak dpt. itu baru lah susah. banyak family d luar sana yg makanan utk hari ni pun tak pasti lagi ada atau tak” – Netizen

“Terbaik Lizzy. Kalau dalam Islam, makin kita kuat bersedekah, makin bertambah income kita. “ – Netizen

“Lizzy..cara saya bank in pd akaun pertubuhan ustaz ebit lew terus…sbb team ustaz ebit hari2 tlg orang susah tak kira bangsa..” – Netizen

“saya rasa lebih baik Lizzy belanjakan 50% tu beli keperluan asas dan edarkan kpd sesiapa yg memerluukan.” – Netizen

“Terima kasih, Lizzy. Moga diluaskan lagi rezeki. Moga yang benar-benar dalam kesusahan dan tak mampu sahaja yang minta bantuan. Jangan sesekali ambil hak orang lain “ – Netizen

Mulia sungguh hati Lizzy kerana sudi mendermakan separuh pendapatan beliau buat golongan yang memerluukan. Di masa sukar ini, boleh dikatakan pendapatan hampir kesemua rakyat telahpun terjejas. Keadaan ekonomi semasa juga agak merudum membuatkan ramai telah kehilangan pekerjaan dan kehilangan sumber pendapatan.

Namun berkat sikap saling bantu-membantu dalam kalangan rakyat Malaysia seperti yang ditunjukkan oleh Lizzy ini, mudah-mudahan kita semua mampu mengharungi ujian ini sehingga k3s c0v1d benar-benar turun dan keadaan negara kita sudah selamat.

Sumber : ig Elizabeth Tan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!