“Haa ni kakak dia, Ahaaa ni kakak dia yang gem tu”- Norreen

Dalam segelintir kenalan adik beradik, mereka pasti ada seorang dua yang mengenali adik beradik kita yang lain. Kawan akan kenal atau cam adik beradik kita mungkin melalui media sosial kita kerana kita pasti ada berkongsi beberapa gabar keluarga dalam sosial media. Jadi tidak hairan jika kawan-kawan adik beradik kita akan mengenali kita secara tidak langsung.

Seperti kita kenal pelakon dan instafamous tempatan, Norreen Iman yang sering juga berkongsi video beliau bergurau dengan adiknya. Adiknya, Muhammad Izzlan Iskandar juga seorang ‘influencer’ di instagram dan juga sering membuat konten-konten lawak.

Mereka selalu dilihat bergurau secara kasar di laman ig mereka. Namun begitu mereka dilihat seperti tidak terkecil hati antara satu sama lain. Baru-baru ini, Norreen berkongsi satu video dimana adiknya itu berbual secara ‘live’ di sebuah media sosial dengan seorang ‘streamer’.

Perbualan itu telah berkait dengan Norreen kerana ‘streamer’ berkenaan menanyakan tentang seseorang yang disangka kawan Izzlan yang berbadan besar.

Namun, Izzlan terus perbetulkan kesilapan rakannya itu dan mengatakan Norreen adalah kakaknya. Norreen menambah pot0ngan video tersebut dengan mengatakan beliau yang berbadan besar  sememangnya kakak kepada Izzlan. Cara beliau perkenalkan diri juga kelihatan seperti memerli ‘streamer’ berkenaan.

Netizen sungguh terhibur melihat reaksi ketiga-ketiga ‘influencer’ itu dan ada juga yang mencadangkan Norreen membuat ‘live’ bersama ‘streamer’ berkenaan.

Ada juga mencadangkan Norreen mencuba ujibakat Maharaja Lawak kerana mereka merasakan Norreen ada bakat dalam membuat lawak.

Selalunya bakat juga dikongsi dalam kalangan adik beradik. Lihat sahaja Norreen dan adiknya. Mereka berdua pandai juga menghiburkan hati netizen dengan lawak-lawak mereka.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!