“Kalau sy ada dalam dewan tu, sy jerit lagi terok” – Netizen

Pasangan yang sedang hangat diperkatakan sekarang iaitu Neelofa dan PU Riz kini sedang berdepan dengan isu melnggar SOP yang telah ditetapkan kerajaan kerana didakwa merentas negeri bagi tujuan berbulan madu setelah bernikah 27 Mac yang lalu. Bagaimanapun pasangan selebriti berkenaan mengambil langkah untuk mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lengkap berhubung isu tersebut.

Baru-baru ini menerusi Instagram story, Neelofa telahpun menjelaskan secara ringkas dimana keberangkatan beliau ke Langkawi adalah kerana beliau mempunyai urusan kerja bersama syarikat minuman Chattime. Beliau malahan amat bersyukur dengan isu yang sedang diperkatakan kerana secara tidak langsung membantu mempromosikan lagi cawangan baru beliau di Langkawi walaupun masih belum dilancarkan.

Walaupun dihimpit kontroversi berkenaan isu merentas negeri dan majlis perkahwinan yang tidak mengikuti SOP namun selebriti tersebut masih lagi meneruskan rutin harian beliau seperti biasa.

Terkini Neelofa dan suaminya PU Riz dilihat telahpun kembali daripada Langkawi dan mereka berdua telah menghadiri suatu majlis dengan berpakaian sedondon.

Menerusi instagram peminat Neelofa, sebuah video terkini pasangan pengantin baru itu telahpun dikongsikan buat tatapan para peminat mereka yang lain. Dalam perkongsian video terkini itu Neelofa telah diminta untuk memberikan ucapan.

Semasa memulakan ucapan, Neelofa menjelaskan teks ucapan berkenaan telah ditulis ketika dirinya masih belum berumahtangga dan beliau secara spontan telah menambah penghargaan kepada suaminya terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan ucapan beliau seterusnya.

Ketika Neelofa menambah ucapan buat suaminya itu,  dewan tersebut kedengaran gamat dengan suara para penonton yang teruja mendengar ucapan beliau buat suami tercinta.

Video berdurasi beberapa saat itu membuatkan para peminat beliau begitu teruja dan sungguh gembira mendengarkan luahan rasa cinta Neelofa terhadap suami tersayang.

Menjengah keruangan komen, peminat bekas pengacara Meletop itu berkata sekiranya mereka berada di dalam dewan tersebut berkemungkinan besar mereka akan menjerit dengan lebih kuat kerana terlalu gembira.

Sejak pasangan tersebut bernikah, gelagat dan aksi manja mereka berdua sering dimuatnaik di media sosial oleh beberapa instagram milik peminat tegar pasangan tersebut demi tatapan para peminat yang lain.

Di dalam majlis tersebut juga mereka berdua kelihatan cukup intiim dan dilihat turut berbisik antara satu sama lain malahan tidak melepaskan tangan pasangan masing-masing.

Hubungan yang selama ini dirahsiakan akhirnya kini mampu untuk ditayangkan setelah rasmi menjadi pasangan suami isteri. Begitulah yang sebaiknya.

Sumber: ig lovestory.me2_

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!