“Pandai baby Fatima respon kat mummy, dah lah duduk macam budak besar” – Netizen

Nama pasangan yang sudah mendapat perhatian sejak mereka mula menjalinkan hubungan ini memang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kepada orang ramai. Aktres cantik Nur Fazura Sharuddin dan suaminya yang juga merupakan anak seni dan pelakon popular iaitu Fattah Amin ini dahulunya pernah menjadi kegilaan para remaja dengan wajah kacak dan tutur lembutnya. Walau jurang perbezaan umur antara kedua pasangan ini ternyata tujuh tahun berbeza, tetapi takdir dan ketentuan tetap menemukan mereka berdua.

Oktober tahun lalu merupakan bulan yang bermakna buat pasangan ini apabila mereka akhirnya telah dikurniakan seorang cahaya mata comel yang diberikan nama Nur Fatima Aisya.

Fazura ada menyatakan bahawa hidupnya telah berubah sebanyak 360 darjah semenjak kehadiran anak tersayang tetapi dia sangat bersyukur dengan kehadiran Fatima sebagai pelengkap di hidup mereka.

Menerusi posting terbaru Fazura di laman Instagramnya, dia telah berkongsi momen comel anaknya itu yang dilihat sudah mula pandai bercakap.

Perkongsian yang dibuat oleh Fazura itu telah menarik perhatian para peminat dan netizen yang selalu menantikan perkembangan semasa Fatima. Apa yang lebih menarik, terdengar dengan jelas apabila Fatima berkata ‘takde’ apabila ditanya oleh ibunya itu.

Gelagatnya itu sangat mencuit hati mereka yang menonton video tersebut. Ramai mereka turut geram melihat Fatima yang menjawab dengan bahasa pelatnya itu apabila ditanya oleh Fazura dimana neneknya.

 

Bukan sahaja netizen, rakan selebriti seperti Sherry Al-Hadad, Elly Mazlein, Khai Bahar dan ramai lagi tidak melepaskan peluang untuk menggalkan komen pada video tersebut.

Tidak hanya fokus dengan percakapan Fatima, gaya duduknya di kerusi juga mendapat perhatian dengan gaya yg sangat santai walaupun baru berusia kira-kira 10 bulan.

Kecomelan anak pasangan selebriti Fazura dan Fattah ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Dengan pipi tembam dan mata bulat yang dimiliki Fatima itu pastinya membuat ramai yang tidak keruan melihat gelagat comelnya.

Semoga Fatima akan membesar dengan sihat dan cerdas. Pastinya ramai yang tidak sabar mahu melihat Fatima berjalan pula selepas ini.

Sumber: Instagram Nur Fazura

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*