“Huduh la perangai mung, wat balik wat balik” – PU Riz

Ekoran isu yang tular mengenai selebriti Neelofa menggunakan kebenaran merentas negeri atas alasan kerja untuk berbulan madu, baru-baru ini selebriti berkenaan telah pun membuat permohonan maaf setelah semua ahli keluarga beliau telah selesai memberikan keterangan kepada pihak polis. Neelofa berkata dirinya perlu menunjukkan contoh yang lebih baik kepada masyarakat kerana mempunyai pengaaruh yang sangat kuat kepada para peminat beliau.

Neelofa juga berharap isu tersebut akan selesai dengan baik dan mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa yang telah banyak memberikan kerjasama sepanjang proses siasatan dijalankan.

Setelah pasangan ini bernikah, mereka berdua kerap dirakamkan oleh lensa kamera para peminat kerana masih teruja melihat kebahagiaan pasangan tersebut.

Pasti akan ada sahaja gelagat yang dapat dilihat. Ketika bersiaran secara live di Instagram, Neelofa juga kelihatan kerap mengusap janggut suaminya.

Terkini menerusi instagram peminat Neelofa, peminat beliau telah berkongsi sebuah video dimana Neelofa sedang membuat ulasan sebuah produk kesihatan dan kecantikkan.

Semasa sedang menjelaskan kebaikkan produk tersebut Neelofa secara spontan telah menunjuk kearah suaminya sebagai contoh untuk menjelaskan lebih terperinci kebaikkan produk tersebut.

https://www.instagram.com/p/CNmZ9R0DfBT/?igshid=1mqu2zrw3ojqm

Bagaimanapun PU Riz yang terkejut dengan usikan isterinya itu kelihatan merajuk dan meminta isterinya itu merakamkan kembali video tersebut.

Neelofa hanya tertawa dengan melihatkan gelagat suaminya itu dan akur untuk merakamkan kembali video berkenaan.

Rata-rata peminat terhibur dengan gelagat mereka berdua sebagai suami isteri. Ternyata kelihatan Neelofa kuat betul mengusik suaminya itu.

Terpancar kebahagiaan Neelofa dan PU Riz sebagai pasangan yang baru berkahwin. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen terhadap video tersebut.

Sejak pasangan tersebut bernikah, dan menerusi beberapa perkongsian Neelofa kepada para peminatnya kini baru para peminat menyedari sisi lain yang ada pada PU Riz iaitu seorang yang agak kelakar dan pendengar yang sangat baik. Tidak hairanlah Neelofa boleh terpikat rupanya kan.

Sumber: ig lofa.video

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!