“Faham knp Lofa cintakan dia, lelaki yang baik” – Netizen

Walaupun dihimpit pelbagai kntroversi sejak akhir-akhir ini mengenai kisah mereka ke Langkawi setelah bernikah atas urusan kerja, namun pasangan ini masih cekal meneruskan rutin kehidupan dan perniagaan mereka seperti biasa. Kisah selebriti Neelofa dan suaminya Haris Ismail atau PU Riz tular kerana dikatakan telah mengambil kesempatan untuk berbulan madu ke Langkawi namun menggunakan alasan mereka kesana atas urusan kerja.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap k3s tersebut dan bakal memanggil mereka untuk mengadakan sesi soal siasat tidak lama lagi.

Setiap ujian itu hadir dengan hikmahnya tersendiri. Rezeki pasangan ini tidak putus apabila Neelofa telah melancarkan produk terbaru iaitu Selipar Mslim Friendly yang berkolaborasi dengan jenama selipar terkenal iaitu Fipper.

Selipar berkenaan sesuai untuk para mslimah yang memakai stoking dan mencari selipar sarung sebagai alternative kepada selipar sedia ada.

Sebagai seorang pendakwah bebas, PU Riz masih lagi aktif memberikan ceramah. Pagi tadi beliau telah dijemput untuk memberikan ceramah di kompleks PKNS Shah Alam. Walaupun hadir seorang diri namun sudah pasti ramai yang mencari kelibat isterinya.

Peka dengan peminat, PU Riz menjelaskan kehadiran beliau ke sana atas jemputan. Dan dalam ceramah tersebut hanya menjemput dirinya seorang oleh itu isterinya tidak hadir bersama.

Semasa memberikan ceramah berkenaan panggilan dalam rumahtangga, ada yag bertanya mengenai panggilan PU Riz buat isteri tercinta. Dengan tidak berselindung PU Riz menjawab beliau memanggil “sayang” terhadap Neelofa.

Jawapan tanpa segan silu dan jujur berkenaan membuatkan para peminat merasa kagum dengan keperibadian PU Riz. Sejak berkahwin, sedikit demi sedikit perwatakan PU Riz akhirnya dapat di nilai dan dilihat sendiri oleh peminat. Maka tidak hairanlah jika bekas pengacara Meletop iaitu Neelofa boleh jatuh cinta dengan PU Riz. Berikut dikongsikan beberapa komen peminat.

Bila dah jadi suami isteri barulah pasangan ini lebih terbuka untuk bercakap mengenai diri masing-masing. Sebelum ini hubungan mereka berdua sangat misteri dan tidak di dedahkan kepada umum.

Perkenalan antara mereka berdua juga tidak pernah di hebohkan sehinggalah hari mereka merisik. Kini barulah peminat dapat menilai mengapa mereka berdua sangat serasi antara satu sama lain. Cara penyampaian dakwah PU Riz pun santai je. Senang orang nak terima. Sekarang peminat Neelofa pun dah jadi peminat PU Riz.

Sumber: ig lofa.page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!