“Rina dah nikah di siam pun Pa”, Datuk Chef Wan luah kecewa anak bernikah tnpa pengetahuan beliau

Begitu besar kasih sayang ibu bapa buat anak-anak kadangkala tidak mampu untuk diungkapkan dengan kata-kata. Ibu bapa akan mampu berkorban apa sahaja demi kebahagiaan dan kegembiraan anak-anak kerana mereka mahu anak-anak yang menjadi penyambung zuriat mereka ini akan berjaya tidak hanya  dalam kehidupan malahan dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

Begitulah juga yang dirasai oleh selebriti Chef terkenal iaitu Dato Chef Wan. Beliau hanya mahukan yang terbaik buat kedua anaknya Serina dan Nazri. Apatah lagi beliau merupakan seorang bapa tunggal.

Kedua-dua anaknya itu sebelum ini pernah bernikah namun kemudiannya bercrai. Anak keduanya yang turut bergelar Chef iaitu Muhammad Nazri atau lebih dikenali sebagai Chef Riz bagaimanapun telah melangsungkan pernikahan kali kedua baru-baru ini.

Memetik laporan yang pernah tular sebelum ini Serina juga pernah menyuarakan hasrat hati untuk bernikah kali kedua namun tidak mendapat restu bapanya.

Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Dato Chef Wan, beliau memuatnaik sekeping gambar pernikahan Serina. Apa yang mengejutkan iaah Dato Chef Wan berkata beliau tidak mengetahui mengenai pernikahan tersebut. Menurut Dato Chef Wan, Serina mengambil keputusan untuk bernikah di Siam tanpa pengetahuan beliau.

Dengan penuh rasa kecewa Dato Chef Wan memaklumkan dirinya tidak pernah menghalang Serina bernikah namun tindakan Serina membelakangi dirinya membuatkan beliau merasa cukup sedih. Beliau juga akur dengan keputusan anaknya itu dan mendoakan rumahtangga Serina akan bahagia.

Menjengah keruangan komen, para peminat dan pengikut beliau turut berkongsi rasa sedih dan kecewa dengan tindakan Serina.

Rata-rata netizen juga menganggap tindakan berkenaan sebagai kurang wajar. Mereka juga bersimpati dengan Dato Chef Wan dan berharap agar Dato banyakkan bersabar. Berikut dikongsikan beberapa komen dari netizen.

Sabar Datuk Chef.. Saya pun speechless.. Saya masih ingat akan coretan Datuk beberapa minggu lepas tentang hal ni.. “ -Netizen

“Bersabarlah DCW.. doakan yg baik² shj utk mereka . Semoga rumahtangga mereka bahagia & di pelihara Allah hingga akhir hayat. Tahniah ..” -Netizen

Allahu Dcw, bertabahlah. Benda dah jadi. Kita doakan yg baik2 moga dia bahagia. Wlu pun hati tuhan je yg tahu berapa sedih dan ralat.. Insyallah Allah swt have a best plan for you. Take care Dcw a lots of ppl love and care abt you.” -Netizen

Terkejut nye saya..be strong chef..Allah knows better..” – Netizen

“Ya Allah… Betul instinct sy sjk tgk pic kt ig Serina tadi… Biasanya instinct sy mmg betul… Tp sbgi peminat sy doakan yg terbaik… Semoga segalanya berjalan dgn baik2 shj… Semoga ikatan keluarga Datuk dan ank menantu sentiasa dlm rahmat Allah SWT…” -Netizen

“Dear Dato,u have raised her very well Dato.ur a good father . you hve done ur best for her . i feel the disappointment too . now she on her on. biarkan . to the menantu meggi instant ,lu mmg x gentle .

x respect lansung pak mentua. gatal sangat pa ciknek tu . so called professional. semoga DCW tabah dan tenang menghadapi dugaan ketidakmatangan pasangan ini.” – Netizen

“Tak apalah chef… Budak2 (walopun x budak sgt) pompuan ni dorg ikut hawa nafsu sendiri, bila ada masalah akhirnya balik ke parent juga…

Parent nk tak nk terpaksa terima, sape x syg ank kn…kalau dia dah buat keputusan sendiri apa2 jd lepas ni biar dia tanggung sendiri…chef just tengok dr jauh je… I feel u” – Netizen

Sabarlah Dato, insyallah jika ini jalan terbaik untuk Serina dan pasangan mudah-mudahan doa Dato sebagai seorang bapa dapat memudahkan lagi urusan kehidupan anaknya itu.

Sebagai ibu bapa yang mendidik dan membesarkan anak-anak sejak dari kecil pastinya tidak boleh mengelak dari perasaan kecewa. Semoga hubungan anak-beranak ini kembali bertaut semula nanti.

Sumber: ig _chefwan58

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!