“Sempat lg tu bangmel acah2 buat magic guna tisu” – Netizen

Pasangan Ernie Zakri dan Syamel telah mendirikan rumahtangga sehari sebelum majlis perkahwinan pengacara terkenal Neelofa dan PU Riz. Ernie dan Syamel mendirikan rumahtangga pada 26 Mac 2021 manakala diikuti oleh pasangan Neelofa dan PU Riz pula pada keesokkan harinya pada 27 Mac 2021. Tidak seperti Neelofa dan PU Riz, majlis akad nikah pasangan Ernie dan Syamel berlangsung serba sederhana dan mereka kemudiannya membuat majlis resepsi pada tarikh yang lain.

Kelmarin tanggal 3 April setelah hampir seminggu berumahtangga barulah pasangan Ernie dan Syamel mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka dan menjemput beberapa rakan artis untuk meraikan hari bahagia mereka bersama.

Majlis tersebut di hadiri oleh beberapa rakan-rakan artis seperti Dato Seri Siti Nurhaliza dan suami, Nabila Razali, Khai Bahar serta beberapa lagi rakan-rakan seperjuangan mereka. Turut kelihatan semasa majlis berlangsung adalah penyanyi terkenal Ziana Zain dan Anuar Zain yang merupakan ibu dan bapa saudara kepada Ernie Zakri.

Sebagai rekod, Ernie dan Syamel berkenalan setelah menyertai sebuah pertandingan nyanyian iaitu Duo Star. Gandingan Ernie dan Syamel dalam pertandingan nyanyian tersebut cukup serasi sehingga membuahkan bibit cinta antara mereka berdua.

Menerusi sebuah instagram peminat pasangan tersebut, sebuah video terkini pasangan pengantin baru itu dimajlis resepsi perkahwinan mereka berdua telahpun dikongsikan buat tatapan para peminat mereka yang lain. Dalam perkongsian video terkini itu Ernie dilihat sedang menikmati lagu yang dinyanyikan oleh Anuar Zain.

Semasa bapa saudaranya iaitu Anuar Zain menyanyikan lagu Sesucinya Cintamu untuk pasangan pengantin baru itu, Ernie dilihat menitiskan air mata kerana terharu mendengar lagu yang ditujukan buat dirinya.

Peka dengan situasi tersebut, suaminya Syamel telah membawakan tisu untuk diberikan kepada Ernie untuk mengesat air matanya.

Video berdurasi beberapa saat itu juga menunjukkan tindakan spontan dan pantas Syamel tersebut bagaimanapun mengundang rasa lucu apabila beliau seolah-olah cuba membuat silap mata semasa mengeluarkan tisu tersebut untuk diberikan kepada Ernie.

Menjengah keruangan komen, ternyata peminat merasakan insiden berkenaan agak mencuit hati kerana gelagat Syamel yang sangat bersahaja dan kelakar.

Umum mengetahui pasangan tersebut sememangnya sangat comel dan masuk air apabila bersama. Berikut beberapa komen yang ditinggalkan para peminat mereka.

Bagaimana agaknya suara anak kepada pasangan ini apabila sudah dewasa kelak, mungkin boleh mewarisi drah seni yang mengalir dalam keluarga mereka terutamanya daripada Ernie yang mempunyai suara yang cukup merdu yang mewarisi bakat daripada ibu saudara Ziana Zain dan bapa saudaranya Anuar Zain.

Sumber: ig azwahoney

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!