“Daddy nak hijau dah tu”, Sabar betul Dato dan Datin layan karenah anak2 time photoshoot

Angkasawan pertama negara iaitu Dr Sheikh Muzaffar baru-baru ini telah menerima sepasang lagi pasangan kembar. Menariknya pasangan kembar terbaru beliau kali ini adalah sepasang iaitu seorang bayi lelaki dan seorang lagi bayi perempuan. Dr Sheikh juga sudah mengumumkan nama mereka berdua iaitu Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia. Pasangan kembar tersebut telah dilahirkan pada November tahun lalu dan kini hampir berusia 5 bulan.

Pasangan Dr Sheikh dan isterinya Dr Halina telah mendirikan rumahtangga pada Oktober 2010. Hasil pernikahan mereka selama hampir 11 tahun mereka dikurniakan 6 orang anak. 3 lelaki dan 3 perempuan.

Kerap menerima soalan daripada golongan ibu bapa, Dr Sheikh sering berkongsi cara mendidik anak-anak di Instagram beliau. Lantaran itu juga Dr Sheikh juga telah menerbitkan sebuah buku tentang bagaimana beliau telah mengasuh dan mendidik anak-anak beliau daripada kecil sebagai rujukan buat ibu bapa diluar sana.

Terkini menerusi Instagram Dr. Halina, beliau berkongsi sebuah video dimana beliau dan anak-anak mengadakan sesi bergambar untuk hari raya, Video berdurasi 1 minit 20 saat itu menunjukkan kesabaran Dr Halina dan suaminya Sheikh Muzaffar dalam mengawal anak-anak mereka demi mendapatkan sekeping yang cantik untuk potret keluarga mereka sempena hari raya.

Ternyata bukan mudah untuk mengawal gelagat anak-anak kembar lelaki mereka yang sedang membesar. Tidak kurang juga dengan bayi kembar mereka yang masih perlu dikawal.

Sesi penggambaran tersebut kelihatan akan mengambil masa yang panjang untuk dilaksanakan.

Menjengah keruangan komen, para pengikut akaun Instagram Dr Halina berkata mereka dapat memahami situasi yang perlu di harungi oleh pasangan berkenaan memandangkan pasangan tersebut mempunyai anak-anak yang masih kecil dan juga mempunyai 2 pasang pasangan kembar.

Di caption video Dr Halina juga berkata beliau berterima kasih kepada pihak jurugambar yang memberikan kerjasama membantu mengawal anak-anak beliau. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh para peminat diruangan komen.

Golongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak kembar sememangnya menuntut mereka untuk mempunyai tahap kesabaran yang sangat tinggi. Bersabarlah kerana masa mereka membesar tidak lama.

Ketika waktu kanak-kanak akan menjadi cabaran besar namun setelah mereka semua sudah meningkat dewasa nanti ibu bapa pasti akan merindui pula kemeriahan dan suasana huru hara ketika mereka kecil bukan?

Sumber: ig drhalina

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!