“Tak perlu hasut paksa, aku rela m4ti…”, Suhaimi Saad tekad tolak vksin c0vid 19

Setelah hampir setahun seluruh dunia menghadapi pndemik c0vid tersebut, kehadiran vksin pastinya akan menerima maklumbalas yang berbeza daripada setiap individu. Ada yang menyokong pengambilan vksin dan ada juga yang berpendapat sebaliknya. Tidak kurang juga yang membuat pelbagai spekulasi akibat daripada proses imunisasi itu. Menerusi jangkaan awal, negara akan pulih daripada c0vid pada awal tahun 2022 setelah mencapai 80 peratus rakyat di vksin.

Proses imunisasi yang sedang berlangsung membuatkan ekonomi juga semakin berkembang dan menunjukkan pemulihan daripada masa kesemasa. Berita yang menggembirakan ini ternyata bakal membawa impak yang positif buat segenap masyarakat. Bagaimanapun pengambilan vaksin tersebut bergantung kepada individu. Beberapa artis juga telah menunjukkan penolakan seperti Zul Yahya dan terbaru ialah bekas anggota kumpulan nasyid In Team iaitu Suhaimi Saad.

Kehadiran vksin bagaikan satu sinar harapan buat negara untuk memulihkan kembali ekonomi seperti sedia kala. Masyarakat juga sudah lama mengimpikan kehidupan yang bebas C0vid seperti tahun-tahun sebelum ini.

Disebabkan itulah kerajaan menyeru rakyat untuk mengambil langkah proaktif mendaftarkan diri untuk menerima sntikan vksin.  Namun Suhaimi Saad tidak bersetuju dan menegaskan bahawa beliau tidak akan mengambil sntikan vksin tersebut.

Menerusi Instagram Suhaimi telah menyuarakan pendapat peribadinya bahawa beliau tidak akan mengambil sntikan vksin berkenaan. Suhaimi menjelaskan pendapat beliau itu tidak bermaksud untuk mengecam mana-mana pihak malahan tidak berniat untuk menghasut sesiapa.

Bagaimanapun secara peribadinya beliau merasakan bahawa sekiranya sesuatu perkara yang dirasakan ragu untuk dirinya adalah lebih baik untuk tinggalkan. Beliau berpegang kepada dalil dan hadis bahawa jika mengikuti cara hidup kebanyakkan manusia di atas muka bumi nescaya akan disesatkan dari jalan Allah.

https://www.instagram.com/p/CLyGm3ah4tJ/?igshid=ankhpu5qj9wt

Suhaimi juga tidak mahu sesiapa untuk menghasut mahupun memaksa beliau untuk mengambil sntikan vksin lagi. Baginya menjaga agama itu adalah lebih utama. Beliau juga sanggup hiilang ny4wa daripada membiarkan agama dimainkan.

Bagi pendapat beliau, kehadiran vksin tidak menyembuhkan malahan mencipta semakin banyak pula penykit baru. Beliau turut memohon supaya tuhan membuka hati umat islam khususnya golongan mufti dan ulama utk melihat kebenaran.

Menjengah ke ruangan komen, hantaran beliau itu telah mendapat reaksi pelbagai daripada para pengikut akaun Instagram beliau. Bagaimanapun apa yang mengejutkan rata-rata peminat dan pengikut beliau senada dengan pendapat peribadi beliau itu. Berikut dikongsikan beberapa komen yang di tinggalkan oleh netizen.

“Ya benar. Untukmu agama mu, untukku agama ku. Alangkah bagusnya kalau mereka sepakat mcmni utk mendidik umat Islam mengajar umat Islam bagaimana menambahkan keyakinan dan iman taqwa kpd Allah berbanding bincang bagaimana nk buat org yakin dgn vksin.

Sbb akhir zaman ni aqidah lah yg paling penting. Sbb nk tempuhi fasa yg paling mencabar keimanan sblm keluarnya fitnah terbesar bagi umat Rasulullah s.a.w di akhir zmn ini.

Aqidah lah yg nk tentukan kita berada pd pihak mana. Kalau aqidah ceroi, dunia pun tak selamat, akhirat lagilah rugi lagi sksa. Moga Allah pelihara iman taqwa kita agar istiqamah hingga ke akhirnya. Aamiin” – Netizen

“subhanallah..benar sgt..dari duk nk meyakinkan rkyat tentang vksin baik lebihkan iklan2 bagaimana menambahkan keyakinan pd Allah swt.

bgaimana nk selamatkan iman diakhir zaman..ni lebih promot pd keyakinan pd makhluk..sedih tgk,bkn nya si jahil..tp agamawan2 pangkat tinggi2 belaka..” – Netizen

“Amalkan Sunnah Rasulullah InshaAllah mudah urusan. Ikuti pegangan ahlulbait” – Netizen

“Banyakkan belajar supaya kita diberi kefahaman dalam agama.” – Netizen

Mudah-mudahan Suhaimi boleh berfikiran lebih terbuka dan dapat menyeimbangkan ilmu akhirat dan ilmu dunia kerana kedua-duanya sama penting.

Mengikuti ajaran islam adalah yang sebaik-baiknya bagaimanapun pengambilan vksin adalah sebagai ikhtiar tambahan dan salah satu usaha manusia untuk merawat. Islam juga tidak mengajar kita hanya bertawakal tanpa berusaha.

Pokok pangkalnya dalam urusan pengambilan vksin ini akhirnya terpulang kepada individu itu sendiri untuk membuat keputusan. Buat masa ini tiada paksaan yang dilaksanakan oleh kerajaan agar setiap rakyat mengambil vksin.

Sumber: ig mosusofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!