“Rasa dia macam, sgt2 beriman lps makan” – PU Riz

Walaupun Neelofa kini sedang berdepan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan mengenai tindakan beliau dan suami merentas negeri, namun selebriti berkenaan mengambil langkah untuk mendiamkan diri dan meneruskan rutin harian beliau seperti biasa. Baru-baru ini menerusi Instagram story, Neelofa telahpun menjelaskan secara ringkas dimana keberangkatan beliau ke Langkawi adalah kerana beliau mempunyai urusan kerja bersama syarikat minuman Chattime.

Beliau malahan amat bersyukur dengan isu yang sedang diperkatakan kerana secara tidak langsung membantu mempromosikan lagi cawangan baru beliau di Langkawi walaupun masih belum dilancarkan.

Isu tersebut menjadi begitu sensasi dan menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen kerana tidak berpuas hati apabila selebriti tersebut bersama suaminya PU Riz di katakan mengambil kesempatan untuk berbulan madu dan merentas negeri.

Mengenali Neelofa, beliau seorang yang tidak mudah melatah dan mengambil pusing terhadap sebarang tuduhan netizen. Malahan selebriti berkenaan ternyata sudah lali dengan beberapa kontroversi yang melibatkan dirinya dan hanya meminta supaya semua pihak agar bertenang dengan isu yang kian hangat diperkatakan.

Menerusi instagram peminat Neelofa, sebuah video terkini pasangan pengantin baru itu telahpun dikongsikan buat tatapan para peminat mereka yang lain. Dalam perkongsian video terkini itu Neelofa dilihat sedang menyuapkan suaminya sepaket serbuk minuman berkhasiat untuk di rasa. Setelah merasa serbuk minuman berkenaan, Neelofa meminta PU Riz untuk memberikan komen terhadap rasa serbuk minuman itu.

Secara berseloroh PU Riz menjawab rasanya sangat beriman setelah menikmati minuman berkenaan. Tak sangka pula PU Riz ni kuat mengusik orangnya.

Usikan manja beliau terhadap isteri tercinta membuatkan Neelofa tersenyum dan ketawa mendengar komen berkenaan.

Video berdurasi 28 saat itu juga menunjukkan Neelofa bersandar dibahu suaminya. Sejak mereka berdua disatukan pada 27 Mac yang lalu pasangan tersebut bagaikan belangkas dan kelihatan sukar berenggang.

Menjengah keruangan komen, ternyata komen PU Riz terhadap serbuk minuman berkenaan berjaya menambat hati para peminat untuk membeli minuman tersebut.

Mereka juga turut gembira dengan hubungan dan kebahagiaan yang sedang dilalui oleh artis pujaan mereka itu. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh peminat.

Sejak pasangan tersebut bernikah, dan menerusi beberapa perkongsian Neelofa kepada para peminatnya kini baru para peminat menyedari sisi lain yang ada pada PU Riz iaitu seorang yang agak kelakar dan pendengar yang sangat baik. Tidak hairanlah Neelofa boleh terpikat rupanya kan.

Sumber: ig lovestory.me2_

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!