“2 ketul sekali suap kt bdk tu, jgn tercekik sudah. Kesian Ameena muka terpaksa” – Netizen

Dato Aliff baru sahaja menyuarakan hasratnya untuk berubah kearah kebaikan setelah beliau merasakan sudah tiba masa dan usianya yang juga semakin meningkat membuatkan beliau menyuarakan hasratnya itu. Sejak berbaik dengan isterinya tahun lalu, ramai yang dapat melihat perubahan dalam diri Dato Aliff yang tidak lagi suka menonjolkan diri seperti selalu dan kini lebih low profile.

Beliau kini lebih selesa dan senang apabila bersama keluarganya. Video-video yang dimuatnaik menerusi Instagram juga lebih banyak berkongsi mengenai hubungan kekeluargaan, keagamaan dan juga perniagaan beliau.

Sebelum ini Dato Aliff pernah berkongsi pengalaman menghantar anak-anak kesekolah. Walaupun mempunyai jadual yang sibuk dengan urusan perniagaan namun beliau tetap berkesempatan meluangkan masa untuk menghantar anak-anak ke sekolah sempena hari pertama mereka kembali ke sekolah.

Anak beliau Yusof sudahpun memulakan persekolahan di peringkat tadika. Kebetulan pula pengasuh yang menjaga anaknya Yusof sudah berhenti kerja disebabkan itu lah beliau juga mengambil tanggungjawab untuk memandu kenderaan dan menghantar kesemua anak-anaknya sendiri ke sekolah masing-masing.

Terkini Dato Aliff berkongsi lagi sebuah video di Instagram, Dato Alif memuatnaik sebuah video beliau bersama anak-anak. Video berdurasi selama 2 minit 20 saat itu memaparkan Dato Aliff sedang mempromosikan produk terbaru keluaran beliau iaitu Sup Jolo.

Dato Aliff kemudiannya menyuapkan kepada Ameena. Bagaimanapun tindakan Dato yang menyuapkan Ameena dengan bebola daging yang agak besar di dalam video berkenaan menyebabkan Ameena dilihat sukar untuk menelan makanan tersebut.

https://www.instagram.com/tv/CNU1Uf6pfBz/?igshid=17cvoa7uq9p9i

Jika dilihat kepada Ameena, kanak-kanak tersebut masih belum petah bercakap dan tidak mampu untuk menjelaskan sekiranya sesuatu berlaku terhadap dirinya. Ramai yang bimbangkan keadaan dan kesihatan kanak-kanak tersebut.

Menerusi ruangan komen, segelintir netizen sedar riak wajah Ameena yang tidak gembira dan agak berkerut semasa menerima suapan Dato Alif. Mereka agak risau sekiranya kanak-kanak tersebut tercekik kerana terpaksa menelan bebola daging yang agak besar itu.

Semoga Dato Alif lebih peka sebelum menyuapkan anak-anaknya selepas ini. Pastinya para pengikut akaun Instagram beliau tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku berlaku kepada Ameena dan mereka risaukan keadaan Ameena yg tidak selesa semasa makan di dalam video tersebut.

Sumber: ig aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!