“Cheq sggp berdiri dlm hujan xbl0ck jln budak2 nk keluar” – Faezah Elai

Keputusan kerajaan untuk memulakan kembali sesi persekolahan baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat. Segelintir ibu bapa menyambut baik pengumuman kerajaan berkenaan kerana sudah sekian lama para pelajar tidak menjalani pembelajaran secara bersemuka. Tambahan pula faktor kewangan juga membataskan pelajar untuk menjalani kelas secara dalam talian kerana tidak mempunyai kelengkapan atau alat bantu pembelajaran yang sesuai seperti laptop, telefon pintar mahupun capaian internet.

Namun begitu, bagi pelajar yang masih belum mengerti sepenuhnya mengenai C0v1d19 dan sambil lewa menjaga SOP terutamanya bagi pelajar sekolah rendah menyebabkan ibu bapa merasa amat risau sekiranya anak-anak mereka pula dijangkiti wabak C0v1d19. Begitu juga yang dirasai oleh pelakon Faezah Elai apabila mula menghantar anak sulungnya kesekolah hari ini.

Sebagai ibu beliau tidak dapat menidakkan perasaan risau terhadap keselamatan anak perempuannya itu. Berkongsi sekeping gambar anaknya dengan berpakaian seragam sekolah, beliau begitu berharap agar para ibu bapa juga menjaga SOP semasa mengambil anak-anak setelah selesai sesi persekolahan.

Faezah juga berkata sebaiknya para ibu bapa perlu mengelakkan daripada berkumpul di hadapan pagar sekolah dan patuh dengan SOP yang disediakan oleh pihak sekolah demi keselamatan bersama.

Bagaimanapun sangkaan dan harapan beliau ternyata hncur apabila beliau berkongsi sekeping gambar para ibu bapa yang berkumpul beramai-ramai di hadapan pagar sekolah untuk mengambil anak masing-masing setelah selesai sesi pembelajaran.

Faezah juga berkata beliau kesal dengan sikap para ibu bapa yang mementingkan diri dan bersesak tanpa menjaga penjarakan sosial sekaligus mengabaikan tanggungjawab mematuhi SOP hanya kerana mahu mendapatkan anak mereka tanpa mempedulikan keselamatan anak orang lain.

https://www.instagram.com/p/CL8_gT4FB1I/?igshid=kwnroccm4zln

Situasi tersebut semakin membuatkan ibu bapa seperti beliau merasa berat hati untuk menghantar anak ke sekolah. Kongsi Faezah lagi, dirinya sanggup berdiri dalam hujan semata-mata tidak mahu menghalang laluan keluar para pelajar. Oleh itu apa yang berlaku cukup mengecewakan beliau.

Apa yang lebih memburukkan keadaan sekiranya tanpa sedar terdapat jangkitan C0v1d19 dalam kalangan ibu bapa yang sedang berkumpul beramai-ramai di luar pagar tersebut. Faezah turut bersimpati dengan nasib para guru yang terpaksa menjerit demi mengawal keadaan.

Menjengah keruangan komen, warga maya turut berkongsi pengalaman semasa mengambil anak pulang dari sekolah setelah selesai sesi pembelajaran. Berikut dikongsikan komen-komen tersebut.

“Saya sebagai seorang guru, kadang2 letih sebab kami dah cuba sedaya upaya menjalankan tanggunjawab kami menjaga SOP semua, anak2 dengaq kata mai tang mak pak ni yang allah hurabbi tak tau nak kata apa. Tapi x semua la lagu tu ada yang hat baguih ikut SOP itu alhamdullilah, terima kasih banyak2 kami ucapkan” – Netizen

“Awat tak praktik macam chinese school..makpak ikut line yang disediakan..tiba turn kita cikgu tau dah anak sapa depa terus pick up..ni dok kerumun siap buat tag nama lambai² macam kat airport dah (semoga dipermudahkan urusan makpak cikgu² semua naa..)” – Netizen

“Sekolah di singapura murid darjah satu the teachers release first… class by class. Seperti contoh class 1b turun dulu baru ibu bapa class 1b dibenarkan masuk to fetch their kids… jadi tak berkerumun di situ ramai2. 15 min kemudian baru upper primary turun. Jadi kawasan tempat tunggu anak2 tak crowded.” – Netizen

“Jerit kak budak makan saman jgk.. Ni nk jerit kat mak pak.. Segan pulak…” – Netizen

“Indeed. Ramai mak pak yg xdpt ikut SOP. sedih.” – Netizen

“Tunggu minggu depan 8 mac..time tu lagi pack macam sardin..semua murid dah mula sekolah..huhuhu..” – Netizen

Hakikatnya para murid sekolah rendah lagi senang nak kawal daripada orang dewasa iaitu ibu bapa para pelajar itu sendiri. Ini baru permulaan persekolahan. Tidak lama lagi akan ada lebih ramai murid yang bakal memulakan sesi persekolahan.

Bagaimana pula keadaan dan suasana sekolah ketika itu jika tiada kerjasama daripada ibu bapa untuk mematuhi SOP. Semoga perkongsian Faezah ini dapat membuka mata para ibu bapa untuk lebih bertanggungjawab pada masa akan datang.

Sumber: ig faezahelai

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!