“Sy xtahu knapa air mata mgalir bila tgk muabellaz nk sedekah karipap air tgn ke ibu2 mgandung” – Netizen

Setiap orang mempunyai impian dalam kehidupan. Buat pemilik nama Nur Nabila Zulyadaini nama beliau kian dikenali ramai kerana bakat solekan yang dimiliki oleh beliau. Ibu kepada 3 orang anak yang mesra di sapa dengan nama Bella itu mula tular berikutan kepetahan beliau berinteraksi dengan para pengikut di laman Facebook semasa membuat sesi tutorial solekan.

Sebelum berjaya seperti hari ini anak jati Kedah itu juga sebelum ini pernah melalui episode duka apabila menerima pelbagai kecaman yang mengkritik hasil solekan beliau. Namun beliau bertuah kerana memiliki suami yang tidak jemu mendokong dan memberikan nasihat buat beliau untuk meneruskan minat tersebut.

Wajah Bella yang berketurunan Turki Melayu ini kini kerap menghiasi media sosial yang terinspirasi dengan kejayaan dan sikap tidak putus asa yang dimilikinya. Menurut Bella minat terhadap bidang solekan muncul setelah melahirkan anak pertamanya.

Beliau kini mempunyai seramai 1.9 Juta pengikut di akaun instagramnya. Terkini menerusi Instagram story, Bella berkata sempena ulang tahun kelahirannya, beliau ingin memberikan sedekah karipap pusing keluaran syarikatnya kepada ibu hamil yang mengidam dan teringin untuk merasa karipap pusing.

Mengemaskini entri terkini di Instagram, Bella berkata dirinya ikhlas mengedarkan karipap tersebut secara percuma dan sedang berusaha bertungkus lumus untuk menyiapkan beberapa bungkusan karipap pusing itu.

Menjengah keruangan komen, para peminat dan pengikut beliau merasa cukup terharu dengan tindakan instafamous dan usahawan berkenaan.

Kebanyakkan daripada mereka mendoakan supaya Bella dimurahkan lagi rezeki dan diberkati dalam urusan beliau. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan mereka.

Mulia sungguh hati Bella yang bertungkus lumus untuk menyiapkan bungkusan sedekah berkenaan sempena hari ulang tahun kelahiran beliau.

Jika orang lain memilih untuk memberikan hadiah yang mewah namun berlainan buat Bella apabila menunjukkan rasa syukur atas peningkatan usia dengan memberikan sedekah.

Sumber: ig muabellaz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!