Jammed bila bilal dari mekah tak ikat serban betul2, Tok imam gigil tak tahan gelak

Meskipun sibuk dengan urusan perniagaan, namun hal tersebut tidak menjadikan pelakon Shaheizy Sam dan isterinya Syatilla untuk melupakan para peminat mereka. Buat peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seni mahupun perniagaan baru yang dijalankan oleh mereka berdua, Syatilla dan Sam sentiasa berinteraksi dengan mereka menerusi media sosial. Samaada melalui Instagram mahupun saluran youtube.

Memang sudah agak lama tidak melihat mereka berdua berlakon. Demi mengubati kerinduan peminat, mereka berdua menggunakan bakat lakonan di dalam beberapa iklan pendek yang di terbitkan untuk mempromosikan produk keluaran syarikat mereka.

Dalam kesibukan masyarakat menyambut ketibaan bulan Ramadhan, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengumpul pahala dengan melakukan amalan sunat seperti solat teraweh dan bersedekah.

Pasangan Syatilla dan Sam juga dilihat memuatnaik video mereka mengerjakan solat berjemaah bersama-sama di Instagram.

Bagaimanapun berlaku insiden melucukan apabila salah seorang kenalan mereka tertanggal serban yang dipakainya ketika sujud.

Sam dilihat di dalam video tidak tahan untuk ketawa dan akhirnya individu tersebut tidak dapat meneruskan solat dan tertawa bersama-sama.

Lebih kelakar apabila individu berkenaan turut memakai jubah dan berserban persis orang arab kehilangan serban membuatkan mereka semua yang berada disitu tidak berhenti ketawa.

Video berdurasi beberapa saat itu dikongsikan oleh Sam menerusi Instagram buat tatapan peminat beliau. Rata-ratanya berkata mereka turut ketawa bersama melihatkan insiden berkenaan. Berikut dikongsikan komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen.

Bulan ramadhan adalah bulan dimana umat islam mengumpul bekalan pahala sebanyak mungkin kerana dibulan inilah pahala serta amalan akan menjadi berlipat kali ganda.

Mengerjakan ibadat solat secara berjemaah amat besar rahmat dan pahala. Terbaik Sam kerana telah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada masyarakat.

Sumber: Instagram Shaheizy Sam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!