“Nak meroyan pasai apa pulak, kita dlu laa his first love, bru kena h1j4ck” – Rita Rudaini

Sebagai seorang wanita, bukan mudah untuk menjadi seorang ibu tunggal. Ibu tunggal perlu memainkan peranan sebagai bapa dan juga ibu. Buat pelakon terkenal Rita Rudaini, sudah sekian lama beliau memegang status ibu tunggal setelah berpisah dengan bekas suaminya iaitu seorang pemain bola Aidil Zafuan. Aidil kini telahpun mendirikan rumahtangga dan mempunyai kehidupan baru bersama dua orang anak.

Bagaimanapun sebagai bapa Aidil tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai bapa dengan memberikan nafkah terhadap anak-anak hasil pernikahannya dengan Rita dahulu. Aidil dan Rita mempunyai dua orang anak lelaki hasil pernikahan mereka dahulu.

Anak-anak mereka kini dijaga sepenuhnya oleh Rita. Kian membesar dan sudah bersekolah, adalah menjadi tanggungjawab Rita untuk memastikan anak-anak beliau mendapat ilmu dan didikan yang sebaiknya untuk masa depan mereka.

Terkini menerusi Instagram, Rita memuatnaik sekeping gambar anaknya sedang membuat kerja sekolah dimana perlu menyediakan “Family Tree”.

Menurut Rita, jika boleh beliau mahu sahaja menggantikan gambar bekas suaminya itu dengan seorang pelakon Korea kegemaran beliau kerana sudah sekian lama sudah berpisah dengan bekas suami.

Walaubagaimanapun beliau tidak boleh menidakkan hubungan bapa dan anak yang terjalin antara bekas suami dan anak-anaknya.

Gambar tersebut meraih komen netizen dan mengundang pelbagai reaksi. Ada netizen yang berkata, risau pula sekiranya gambar yang dimuatnaik oleh Rita itu bakal menimbulkan isu yang kurang senang kepada isteri Aidil.

Rita dengan berseloroh memberikan jawapan padu bahawa dirinya merupakan cinta pertama bekas suaminya itu dan tiada siapa mampu mengubah kenyataan tersebut. Malahan pihak sebelah sana juga  perlu mengakui dan menerimanya.

Hubungan drah daaging yang wujud antara bapa dan anak tidak mungkin dapat di nafikan oleh sesiapa pun. Ibarat kata pepatah, air dicincang tak akan putus. Begitulah juga ibaratnya hubungan antara seorang bapa dan anak.

Melihatkan anak-anak Rita selama ini membesar tanpa kehadiran bapa bersama pastinya mengundang seribu satu rasa kepada kanak-kanak berkenaan.

Semoga anak-anak mampu membalas jasa besar ibu buat mereka berdua satu hari nanti dengan berjaya menjadi orang yang berguna.

Sumber: ig ritrud727

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!