“Gentleman betul abg pakaikan adik stokin dan kasut, sebiji papa dialah pndai layan wanita”- Netizen

Bapa borek anak rintik, begitulah yang boleh di ibaratkan buat keluarga ini apabila anak-anak mereka dilihat sudah mula mencontohi tauladan yang sering ditunjukkan dan di amalkan oleh ibu bapa mereka. Anak-anak kecil ini kita boleh ibaratkan mereka sebagai kain putih. Sebagai ibu dan bapa, kita adalah orang pertama yang menjadi guru kepada mereka dan ibu bapalah juga yang bertanggungjawab untuk mencorakkan mereka mengikut acuan yang betul. Jika betul acuannya maka cantiklah kejadiannya.

Memey Suhaiza dan Norman Hakim merupakan pasngan suami isteri yang banyak memberikan inspirasi dalam hubungan kekeluargaan buat masyarakat. Mereka juga sering menggunakan pengaaruh sebagai artis yang dikenali bertujuan untuk menyebarkan kebaikan untuk orang ramai. Memey bertuah dikurniakan seorang lelaki yang mampu membimbing beliau dan anak-anak serta sangat mengutamakan keluarga.

Sebagai manusia biasa pasngan ini juga pernah melalui jatuh bangun dalam kehidupan dan juga alam berumahtangga. Walaupun badai besar pernah melanda mereka suatu ketika dahulu, namun ternyata atas izin Allah siapa sangka hubungan Memey dan Norman serta bekas isteri Norman iaitu Abby Abadi menjadi sangat akrab dan harmoni hari ini.

Menerusi muatnaik terkini di istagram, Memey berkongsi sebuah video beliau bercadang membawa anak-anaknya keluar makan bersama untuk menggembirakan hati anak-anaknya itu. Tambahan pula di hujung minggu inilah merupakan hari untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.

Semasa anak-anaknya sedang bersiap dan memakai kasut, kelihatan di dalam video anak lelaki sulung beliau iaitu Muhammad Darwisz Hakim yang berusia 8 tahun bertindak membantu adik perempuannya Mikayla Delisha Hakim 3 tahun untuk memakai stokin dan kasut. Hati ibu mana yang tidak tersentuh melihat sikap anak lelaki yang begitu penyayang dalam menjaga kebajikan adik perempuannya sendiri.

Rata-rata penonton yang melihat tindakan anak lelaki Memey itu juga memuji sikap anak lelakinya. Cara didikan pasngan tersebut yang cukup hebat turut dipuji sehingga anak-anak mereka juga kini sudah mengikuti jejak langkah ibu bapa mereka yang sering mengutamakan keluarga dan sentiasa berbuat kebaikan antara satu sama lain.

Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan netizen yang memuji anak lelaki kepada pasngan Memey dan Norman itu.

Seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seronok tengok anak yang semakin membesar sudah pandai untuk menjaga diri serta adik-beradik.

Apatah lagi jika anak-anak kita itu juga mampu untuk berbuat kebaikan kepada orang lain. Sudah pasti sebagai ibu bapa akan merasa begitu bangga dengan mereka. Tahniah buat pasngan ini.

Sumber: ig memeysuhaiza

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!