Ramai sebak dgr baby L nangis kali pertama. Wajah saling xtumpah muka Lara Alana time baby

Pasngan selebriti Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari telahpun menimang cahaya mata kedua mereka pada 12 Februari yang lalu. Jika sebelum ini Scha dan Awal masih merahsiakan nama mahupun gambar wajah penuh buah hati kedua mereka itu, setelah genap seminggu, mereka berdua telah mendedahkan wajah anak kedua mereka itu secara langsung menerusi episod terbaru di program Scha Awal Baby B0om 2021.

Anak kedua mereka itu telah selamat dilahirkan di Prince Court Medical Centre Kuala Lumpur. Bayi perempuan seberat 3.2kg telah disambut dengan rasa penuh kesyukuran dan teruja. Mereka berdua bagaimanapun hanya memberikan bayangan awal permulaan nama bayi perempuan tersebut bermula dengan huruf L dimana ianya serupa dengan nama kakaknya iaitu Lara Alana.

Scha dan Awal tidak putus mengucapkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi diatas amanah baru yang di diterima mereka. Scha juga sedang menjalani proses berpantang dan memerluukan masa untuk berehat secukupnya.

Pengalaman mereka berdua sebelum ini membesar dan menguruskan Lara Alana pastinya akan banyak membantu untuk menguruskan kelengkapan anak kedua mereka.  Tambahan pula jantina anak kedua pula serupa dengan anak sulung jadi mungkin persediaan menjadi lebih mudah.

Pasngan berkenaan secara eksklusifnya telah berkongsi wajah anak kedua mereka iaitu baby L menerusi program Scha Awal Baby Boom2021 yang ditayangkan pkul 9 malam tadi. Program berkenaan merakamkan detik-detik perjalanan Scha dan Awal melalui pengalaman kedua mereka untuk menimang cahaya mata.

Episod malam tadi telah memaparkan persiapan Scha dan Awal pada hari yang dijadualkan untuk melahirkan anak kedua.

Scha memilih untuk bersalin secara Ceaser dan Awal juga turut masuk ke dewan bersalin setelah mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh pihak hspital.

Menerusi Instagram, Scha juga turut mengucapkan jutaan terima kasih buat rakan-rakan yang tidak putus mengirim doa dan bertanyakan khabar dirinya. Beliau sedang menjalani tempoh berpantang dan beliau turut berharap agar bayi L membesar dengan sihat dan sempurna.

Rata-rata penonton begitu sebak ketika mendengar tangisan pertama bayi L, secara tidak langsung telah mendedahkan wajah anak kedua mereka itu setelah 7 hari dilahirkan. Wajah anak kedua yang masih dirahsiakan namanya saling tidak tumpah seperti wajah Lara Alana ketika masih bayi.

Netizen mendoakan agar keluarga ini semakin bahagia dengan kehadiran orang baru yang akan mewarnai kehidupan mereka selepas ini. Berikut dikongsikan komen-komen yang ditinggalkan rakan artis dan netizen.

“Awal senang nngis, biase lelaki senang mngeluarkn air mata ni dia ikhlas pnyayang, alhamdulillah smoga kekal bhgia kluarga ni..” – Netizen

“Ya Allah sedih plak…btw congrats both of you… Congrats lara dah dapat adik..” – Netizen

“i cryyyyy thank you sooo much Dr seri for taking a very good care of us during pregnancy and delivery. May Allah SWT bless you always. and congrats “ – Netizen

“nak nangis sebak , Allahu congratt , yay lara have adik” – Netizen

“Kenapa saya asyik lap aor mata jer” – Netizen

“I also nak nangis watching this moment” – Netizen

“Awal ni sangat family man…Dari dia nak Lamar scha, anak pertama sampai anak kedua…bagusnyee awal” – Netizen

“Rindu suara doc seri sebut..”assalamualaikum bby..” hehe sebak rasa ble bby keluar pastu ada atas dada terus pgg tgn bby n dengar suara bby nges” – Netizen

“Sebaknyer masa dengar baby nangis… doakan qis pun dpt merasai perasaan seperti scha yee. selamat berpantang dan tahniah atas kelahiran cahayamata kedua baby L” – Netizen

Jika sebelum ini mereka melalui pengalaman mengurus dan membesarkan anak adalah 6 tahun yang lepas, pastinya keadaan kali ini menjadi agak berbeza dan mencabar kerana berada dalam musim pndemik C0V1D19.

Aspek kebersihan perlu dititik beratkan berlipat kali ganda dan bantuan daripada suami amatlah diperluukan oleh isteri dalam membantu menguruskan anak.

Ada yang sudah mula meneka nama adik Lara ni. Menurut Scha dan Awal huruf permulaan nama bayi kedua mereka adalah sama sepertimana kakaknya Lara Alana. Apa-apa pun kita nantikan sahaja pengumuman dari pihak Scha dan Awal. Comelnya adik Lara ni.

Sumber: ig scha al-yahya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!