“Nangis2 xpayah lah tunjuk kt org” – Netizen tuduh Janna Nick buat marketing

Nama Janna Nick bukan lah baru dalam dunia seni. Beliau dikenali setelah membuat kemunculan sulung menerusi drama Kau Aku Kita sejak tahun 2015. Sejak itu Janna tidak berpaling kebelakang lagi dan beliau turut menceburi bidang nyanyian dengan mengeluarkan beberapa lagu seperti Mungkin Saja dan Akan Bercinta. Beliau juga mengorak langkah lebih serius dalam bidang seni apabila buat pertama kali menjadi pengarah pula untuk drama terbitan syarikatnya iaitu Delen baru-baru ini.

Janna Nick seharusnya boleh berbangga dengan dirinya kerana mampu mencapai impian untuk menjadi pelakon, penyanyi dan pengarah dalam tempoh singkat.

Kerjaya seninya berkembang dengan begitu baik dan beliau juga turut terlibat dalam beberapa iklan komersial di samping menjadi usahawan dengan mengeluarkan beberapa produk penjagaan rambut dan wajah.

Bagaimanapun disebalik setiap kejayaan yang telah dikecapi oleh Janna, sudah pasti ada harga yang perlu dibayar oleh beliau. Seiring dengan kerjaya yang memuncak, kontr0versi yang melibatkan dirinya juga bertambah.

Isu yang begitu memberikan kesan besar kepada dirinya adalah isu yang melibatkan k3m4tian seorang selebriti Korea. Isu sekitar tahun 2018 itu kembali di bangkitkan berikutan nama watak yang muncul dalam drama arahan beliau. Janna disrang oleh para peminat fanatic KPOP dan menerima ugut4n.

Isu tersebut bertambah serius sehingga memaksa Janna untuk membuat laporan polis dan menggunakan khidmat peguam untuk melindungi dirinya.

Terkini menerusi Instagram, Janna telah memuatnaik satu video dimana beliau meluahkan perasaan beliau kepada para pengikut dan peminatnya.

Janna mengakui dirinya tertekan kerana penat bekerja. Tubuhnya sangat penat dan tidak mampu untuk bekerja namun otaknya seakan tidak berhenti untuk berfikir urusan kerja dan hal tersebut membuatkan dirinya merasa begitu keletihan.

Video berdurasi 3 minit 24 saat itu memaparkan Janna sedang memandu kereta sambil bercakap mengenai perasaannya dan tidak lama kemudian beliau terus menangis akibat merasa begitu terbeban.

Rata-rata rakan artis dan peminat bersimpati dengan nasib yang melanda Janna dan mereka mendoakan Janna supaya segala urusan beliau dipermudah.

Bagaimanapun terdapat segelintir netizen yang merasakan Janna bertindak memuatnaik video berkenaan hanya sebagai gimik marketing. Berikut dikongsikan komen mereka.

Kita tidak tahu apa yang telah dilalui oleh Janna. Jika dilihat secara luaran sahaja sudah banyak dugaan yang perlu beliau hadapi. Semoga Janna dapat terus tabah dan cekal mengharungi dugaan dalam kerjaya seni beliau.

Ikutilah saranan para sahabat dan peminat supaya berehat sementara dan kembali semula untuk bekerja dengan lebih kuat dan bersemangat. Kesihatan mntal lebih penting berbanding kerja.

Sumber: ig janna nick

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!