“Ni lah Al Quran yg Haris tinggal ketika berterawih thn lps, sy ambil dan cinta mula berputik” – Neelofa

Pasangan romantik dan sangat sweet Neelofa dan Pu Riz sering mendapat perhatian warga net. Mana taknya ramai lagi yang tidak boleh move on dengan kemesraan mereka berdua. Ternyata cinta selepas kahwin itu sangat indah kan. Gelagat Neelofa selepas berkahwin juga turut menjadi tumpuan netizen, kerana nampak sangat bahagia dan manja di samping suami tercinta.

Walaupun berpurdah, Neelofa selalu nampak cantik dan bergaya dengan penampilan yang menuntup aurat. Contoh ini juga sangat di kagumi oleh semua peminat. Majlis perkahwinan yang simple tetapi sangat mewah turut mendapat kejutan hebat daripada netizen.

Ramai yang masih terbayang wajah cantik Neelofa dan wajah tampan Pu Riz di atas pelamin. Sangat sepa

https://www.instagram.com/p/CNi3OjGBHUV/?igshid=hq5hog4zjbwl

Neelofa dan pasangannya baru sahaja pulang dari Langkawi atas urusan kerja serta berbulan madu. Ramai juga yang tidak puas hati dengan percutian tersebut tetapi di jelaskan oleh pihak chatime yang Neelofa ke Langkawi atas urusan kerja.

Pasangan ini sering nampak bersama di mana sahaja termasuk mempromosikan produk baru Neelofa. Melalui perkongsian dari instagram inajari Neelofa dan Pu Riz aktif mempromosikan produk kurma mereka sempena ramadhan.

Di dalam perkongsian tersebut Neelofa sempat bercerita tentang kisah cinta mereka dan bagaimana dia mula jatuh cinta dengan Pu Riz. Alahai sweet dan bijak juga Pu Riz ni kan.

Neelofa bercerita, dia mula jatuh cinta ketika Pu Riz menjadi imam ketika terawih ramadhan tahun lepas. Dia juga memberitahu yang Pu Riz tinggalkan al quran di rumahnya mungkin dengan niat ingin pikat Neelofa.

Selepas membaca dan mengguna Al Quran tersebut cinta terhadap Pu Riz makin kuat sampai sekarang.

Neelofa juga bercerita yang dia tidak mahu pulangkan balik Al Quran tersebut kerana sudah mula jatuh cinta kepada al quran dan pemilik al quran tersebut iaitu PU Riz. Wah hebat betul keajaiban cinta mereka

Kisah cinta yang hebat ini pasti akan membuatkan ramai cemburu kerana sudah pasti ramai wanita di luar sana yang sangat menginginkan lelaki yang hebat seperti Pu Riz.

Hebat agamanya, lembut bicaranya dan nampak sangat menyayangi Neelofa. Ramai juga memberi komen yang positif dan mendoakan kebahagian mereka berdua.

Jika melalui perkongsian ini, cinta mereka sudah lama. Alhamdulillah sudah sah bergelar suami isteri. Semoga cinta yang di bina ini akan berkekalan hingga ke syurga dan Neelofa sentiasa bahagia di samping Pu Riz. Amin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!