“Terkesima tgk ustaz ckp bahasa Arab, mst lofa bangga dgn suami tercinta”

Nama Neelofa dan pasangan kian hangat setelah berumahtangga. Kisah mengenai pasangan tersebut sering berlegar di media sosial sama ada baik atau sebaliknya. Bagaimanapun isu mengenai mereka tidak langsung memudarkan semangat pengacara dan pendakwah bebas ini untuk terus melaksanakan kerja amal yang telah mereka usahakan selama ini. Menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, pasangan tersebut sedang giat mengusahakan sumbangan amal sempena menyambut bulan yang mulia.

Seiring dengan tujuan utama badan amal tersebut ditubuhkan, Neelofa dan pasangan berusaha untuk meneruskan aktiviti kebajikan mereka demi menyalurkan bantuan kepada masyarakat.

Bersempena bulan Ramadhan yang bakal disambut oleh umat islam esok, Neelofa menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa akan melancarkan program infaq bertujuan untuk membantu golongan yang memerluukan.

Menerusi instagram story, Neelofa telah memuatnaik sebuah video dimana beliau dan suaminya Haris telah berjumpa dengan King Salman dan Kedutaan Arab Saudi untuk penyerahan kurma sempena bulan Ramadhan yang bakal disambut oleh umat islam esok.

Dalam video tersebut turut dipaparkan pasangan berkenaan turut beramah mesra dan berbual dengan King Salman.

Menariknya King Salman berbual dengan PU Riz dalam Bahasa Arab dan PU Riz juga mampu untuk menjawabnya semula dalam Bahasa Arab dengan fasih dan lancar.

Video tersebut telahpun dikongsikan semula oleh para peminat beliau menerusi sebuah Instagram. Rata-rata peminat memuji PU Riz kerana kefasihan beliau berbual dalam Bahasa arab bersama King Salman.

Sudah pasti Neelofa juga turut berbangga dengan suami di atas kelebihan yang dimiliki oleh suaminya itu.

Setiap pasangan itu dijadikan untuk saling melengkapi. Neelofa dan PU Riz mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing sehingga membuatkan mereka berdua begitu serasi antara satu sama lain.

Mempunyai kelebihan untuk menguasai Bahasa Arab dlm satu bonus kepada pasangan berkenaan. Siapa tahu suatu masa nanti Neelofa dan PU Riz dapat terokai pasaran di negara Arab pula.

Sumber: ig lovestory.me2_

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!