“Syg sgt Arif dekat aunty princess dia” – Netizen

Arif Jiwa Mohd Asyraf adalah anak kepada pasaangan pelakon berasal dari Indonesia iaitu Tya Arifin dan juga Mohd Asyraf yang merupakan anak tiri kepada penyanyi tersohor tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Arif yang merupakan anak sulung kepada pasaangan tersebut dilahirkan pada 31 Mac 2017. Tahun berikutnya Tokti telah selamat melahirkan buah hati sulung beliau iaitu Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018.

Walaupun mempunyai hubungan sebagai ibu saudara dan anak saudara, namun disebabkan kedua-duanya mempunyai jarak usia yang hanya berbeza setahun dan membesar bersama-sama membuatkan mereka berdua mempunyai hubungan yang sangat rapat antara satu sama lain.

Siti Aafiyah yang telah genap berusia 3 tahun pada 19 Mac yang lalu begitu disayangi ramai terutama para peminat ibunya sendiri. Sifatnya yang sangat lincah dan bijak begitu menarik perhatian para peminat yang mula mengikuti perjalanan pembesaran beliau sejak dari kecil sehinggalah pada usia 3 tahun.

Malahan raut wajah Siti Aafiyah yang saling tidak tumpah seperti wajah ibunya ketika muda semakin membuatkan ramai yang geram dengan wajah comel si cilik tersebut.

Satu Instagram peminat telah memuatnaik sebuah video dimana memaparkan Arif sedang memeluk erat Aafiyah dan menciium pipi Aafiyah tanda sayang kepada ibu saudaranya itu.

Layanan Arif kepada Aafiyah tidak ubah seperti melayani adiknya sendiri. Hubungan yang cukup erat terjalin itu dapat dilihat sedari mereka berdua masih kecil lagi.

https://www.instagram.com/p/CM9C_fjhdDB/?igshid=da38fwkct4f8

Rata-rata peminat yang mengikuti hubungan keluarga ini dapat merasai kasih sayang yang wujud antara Arif dan Aafiyah.

Para peminat juga geram melihat gelagat comel mereka berdua menerusi beberapa perkongsian yang dimuatnaik oleh ibu Arif iaitu Tya mahupun Tokti sendiri menerusi Instagram masing-masing sebelum ini. Berikut dikongsikan komen-komen yang ditinggalkan netizen terhadap mereka berdua.

Memang comel betul nampak Arif dengan Aafiyah ni. Dah macam adik beradik dua orang ni. Tak lama lagi Aafiyah bakal jadi kakak dan jika dikutkan pengumuman Tokti tempoh hari Aafiyah bakal menerima adik lelaki. Jadi lepas ni boleh jadi geng dengan Arif juga kan.

Sumber: inaijari

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!