“Seri ibu soon pulak kot ni”, Rizman Ruzaini bagi hint Mira Filzah kini Hamil?

Tular baru-baru ini mengenai dakwaan netizen bahawa pelakon Sweet Dream iaitu Mira Filzah sudah berbadan dua. Andaian tersebut dibuat kerana gambar terbaru yang dimuatnaik oleh pelakon berkenaan kelihatan sedikit berisi dan nampak agak lain di bahagian perut. Mira yang enggan membiarkan warga maya terus membuat spekulasi telahpun menjawab ringkas bahawa dirinya hanya buncit menerusi ruangan komen instagramnya.

Sebagai rekod Mira Filzah telahpun mendirikan rumahtangga bersama anak sulung kepada Datuk Mastura Mod Yazid yang merupakan Timbalan Mnteri di Jabatan Perdana Mnteri (Tugas-tugas Khas) iaitu Wan Emir Astar. Persandingan pasngan berkenaan berlangsung pada bulan September tahun lalu dan mendapat liputan yang begitu meluas sehingga digelar Wedding of the Year oleh para peminat beliau.

Masih lagi dalam fasa bulan madu, Mira dan Emir aktif di media sosial. Mereka berdua juga mempunyai saluran youtube sendiri iaitu EmirAmirah dimana baru-baru ini telah di anugerahi Silver Play Button oleh pihak Youtube kerana mempunyai subscriber dan jumlah tontonan yang tinggi.

Nampak semakin meriah kehidupan Mira setelah berkahwin kerana membuat pelbagai aktiviti bersama suami dan dijadikan sebagai content yang beliau muatnaik di youtube. Peminat Mira juga gembira dengan fasa baru yang dilalui oleh pelakon Pujaan Hati Kanda ini.

Selain dari berlakon, Mira juga merupakan seorang model dan kerap menerima pelbagai tawaran untuk memperagakan busana mslimah. Muatnaik terkini di Instagram pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini, Mira Filzah antara model yang mempromosikan beg tangan terkini keluaran pereka berkenaan.

Bagaimanapun caption yang ditulis oleh pereka fesyen tersebut mengundang tanda tanya apabila pereka fesyen berkenaan seolah-olah memberikan bayangan bahawa pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu kelihatan lebih berseri di sebabkan bakal menjadi ibu.

Aura ibu mengandung menaikkan lagi seri wajah pelakon berkenaan semasa menjadi model jenama mereka. Adakah bayangan yang diberikan pereka fesyen berkenaan menandakan Mira Filzah berkemungkinan besar sebenarnya memang sedang hamil.

Menjengah keruangan komen gambar tersebut, disebalik komen para pelanggan pereka fesyen berkenaan yang berminat untuk mendapat beg tangan yang dipromosikan, kelihatan juga beberapa komen yang menyokong kata-kata Rizman Ruzaini. Peminat Mira Filzah bersetuju bahawa seperti sudah nampak baby bump di bahagian perut Mira Filzah.

Jika benar berita yang sedang tular tersebut, tahniah diucapkan buat Mira Filzah dan juga Wan Emir. Sebagai pasngan suami isteri kehadiran seorang cahaya mata semestinya menjadi perkara yang sering ternantikan sebagai penguat kasih sayang antara suami isteri.

Tak sabar nak tengok Mira Filzah dan Wan Emir junior. Mesti comel atau segak seperti ibu bapanya nanti.

Sumber: Instagram rizmanruzaini

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!