“Wow, sedap suara uncle Haris nyanyi layan Jebat” – Netizen

Jebat Jayden merupakan satu-satunya anak kepada pasangan Sharnaaz Ahmad dan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila.  Jebat Jayden dilahirkan pada 30 Ogos 2018 dan kini si cilik itu sudah pun berusia hampir 3 tahun. Jebat Jayden juga turut mempunyai instagramnya sendiri dan diwujudkan khas oleh ibu bapanya untuk mengabadikan kenangan Jebat sewaktu masih kecil.

Walaupun jodoh kedua ibu bapa Jebat Jayden iaitu Sharnaaz dan Nabila tidak panjang namun mereka berdua masih berhubung secara baik demi kebaikan anak. Sharnaaz juga tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.

Setiap kali meluangkan masa bersama, Sharnaaz sering melayani kerenah dan gelagat anaknya itu dengan menyanyi mahupun menemani anaknya membuat apa sahaja aktiviti.

Baru-baru ini Sharnaaz turut berkongsi video Jebat yang menyanyikan lagu kanak-kanak dalam kereta beliau.

Jebat dilihat menyambung sahaja rangkap dan ayat akhir di dalam lagu berkenaan apabila dinyanyikan oleh Sharnaaz. Sebagai bapa, hubungan Sharnaaz dan anaknya itu cukup erat dan Jebat juga sangat rapat dengan Sharnaaz.

Terkini menerusi Instagram, Neelofa telah kongsikan semula dimana suaminya PU Riz pula melayani Jebat menyanyikan lagu kanak-kanak tersebut. Lagu kanak-kanak berjudul “Can Mali Can itu” di nyanyikan oleh PU Riz terlebih dahulu dan di sambung pula oleh Jebat. Neelofa gembira melihat suaminya terhibur melayani anak buahnya itu dengan penuh kasih sayang.

Video tersebut telahpun dikongsikan semula oleh para peminat beliau menerusi sebuah Instagram. Rata-rata peminat memuji PU Riz kerana pandai melayani anak buahnya itu.

Peminat juga mendoakan supaya Neelofa dan PU Riz yang baharu sahaja mendirikan rumahtangga akhir Mac lalu dikurniakan anak secepat mungkin.

Setiap pasangan yang sudah berkahwin mengimpikan untuk mempunyai zuriat mereka sendiri. Walaupun masih lagi awal untuk Neelofa dan Haris menimang cahaya mata kerana usia perkahwinan belumpun sampai sebulan, namun besar harapan para peminat supaya mereka berdua dikurniakan anak secepat mungkin.

Sumber: ig lofa.haris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!