“Ameena betul2 anak abah, dia nampak sayang sangat kat Dato Aliff” – Netizen

Ramai yang sudah tidak sabar untuk menyambut bulan Ramadhan. Jika dilihat di media sosial, ramai yang teruja untuk membuat persiapan masing-masing untuk menyambut ketibaan bulan yang mulia itu. Buat usahawan terkenal, Dato Aliff Syukri dan keluarganya pula mereka juga membuat persiapan awal seperti menempah baju raya untuk diri mereka, anak-anak serta pembantu rumah.

Dato Aliff juga telah menyuarakan hasratnya untuk berubah kearah kebaikan  kerana beliau merasakan sudah tiba masa dan usianya yang juga semakin meningkat membuatkan beliau menyuarakan hasratnya itu.

Sejak berbaik dengan isterinya tahun lalu, ramai yang dapat melihat perubahan dalam diri Dato Aliff yang tidak lagi suka menonjolkan diri seperti selalu dan kini lebih low profile. Beliau kini lebih selesa dan senang apabila bersama keluarganya.

Video-video yang dimuatnaik menerusi Instagram juga lebih banyak berkongsi mengenai hubungan kekeluargaan, keagamaan dan juga perniagaan beliau.

Terkini berkongsi lagi sebuah video di Instagram, Dato Alif memuatnaik sebuah video beliau bersama keluarga menunaikan solat terawih di rumah. Datin Shahida dan kesemua anak-anak Dato Alif juga turut serta untuk menunaikan ibadah sunat berkenaan.

https://www.instagram.com/tv/CNkd9BoJjub/?igshid=18opp69zhslc

Menerusi paparan video dapat dilihat Dato Alif menyarung dan membetulkan telekung yang dipakai oleh Ameena. Terasa keikhlasan hati dan perasaan sayang Dato Alif kepada anak angkatnya itu. Sejurus selepas memakai dan membetulkan telekung Ameena, Ameena terus memeluk bapanya itu dengan penuh kasih sayang.

Menerusi ruangan komen, ramai yang menegur mengenai sikap Dato Alif yang sangat perihatin terhadap Ameena. Mereka juga merasa terharu melihat keakraban hubungan  diantara Dato Alif dan Ameena. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

Semoga Dato Alif dan keluarga mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Apa saja amalan yang kita lakukan di bulan yang mulia ini akan dilipat gandakan.

Oleh itu marilah bersama mengambil kesempatan  untuk mengejar pahala sunat seperti solat terawih sepertimana yang dilakukan oleh keluarga Dato Alif Syukri. Mudah-mudahan contoh baik yang ditunjukkan oleh Dato Alif ini dapat menjadi teladan buat masyarakat.

Sumber: ig aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!