“Tahniah, lepas bersalin pun cantik” – Netizen

Alhamdulillah, pastinya lega hati pasangan ini selepas anak pertama mereka selamat menjengah ke dunia ini. Tahniah diucapkan kepada pelakon, Intan Ladyana, 39, dan suaminya, penyanyi dan hos, Harris Alif, 23, atas kelahiran cahaya mata sulung mereka. Jika dilihat kepada kapsyen hantaran Intan, mereka dianugerahkan bidadari kecil yang dilahirkan jam 11.40 malam tadi.

Pasti ramai peminat dan mereka yang mengikuti perkembangan pasangan ini bersyukur dengan berita gembira itu. Tidak kurang jua yang menzahirkan doa buat mereka di ruangan komen hantaran Intan terbabit.

Moga Intan dan anak terus sihat ya. Mana tidak risaunya peminat dan keluarga tersayang, pada 23 Disember lalu ketika di usia kandungannya tujuh bulan, Intan dilaporkan dikejarkan ke dipercayai pos1tif cvd. Suaminya juga pos1tif.

Selepas lapan hari menjalani rawatan dan kuarantin akibat jangkitan itu, Intan akhirnya dibenarkan pulang ke rumah dan bersyukur kerana kesihatannya kembali pulih, namun masih perlu berehat selama beberapa hari sebelum kembali menjalani kehidupan seperti normal.

Yelah… seperti dilaporkan, ibu hamil kan dikatakan antara golongan ber1siko. Syukurlah Intan sudah berjaya melepasi fasa itu. Selamat berpantang dan menjalani kehidupan baharu buat Intan dan Harris sebagai ibu dan bapa.

Menariknya, menerusi ruangan komen hantarannya itu, sempat lagi netizen memuji akan kecantikan Intan yang baharu melahirkan pun tampak lawa. Sekali pandang pada wajahnya memang tak dapat dinafikan juga akan ketrampilannya yang tidak banyak berubah kecuali sedikit pada figuranya.

Tak dinafikan memang ramai sahaja wanita yang tetap cantik dan anggun biarpun sedang sarat hamil dan hendak melahirkan. Intan juga salah seorang daripadanya. Untunglah beliau dan mereka yang juga sama sepertinya ya…

Untuk info, seperti dilaporkan Wikipedia, Intan sebelum ini dikatakan pernah menjalin hubungan dengan jurulatih kecergasan, Kevin Zahri dan juga pelakon, Kamal Adli. Mereka kini pun dah ada pasangan sendiri.

Begitupun, pada hujung tahun 2020 aktres yang juga popular dalam sitkom bersiri Puteri ini akhirnya mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Harris yang 17 tahun lebih muda daripadanya. Intan dan Harris berkahwin pada 5 Februari 2021.

Mengejutkan ramai pihak dengan perbezaan usia itu, tampaknya sehingga kini Intan dan Harris berjaya membuktikan keutuhan cinta mereka.

Moga berkekalan hendaknya hingga ke jannah bersama si kecil buah hati pengarang jantung mereka dan mana tahu insyaAllah yang ke seterusnya nanti ya…

Sumber : Ig Intan Ladyana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!