“Korg saakit hati tak dh siap2 nk keluar ank dtg simbah air kt muka dan baju” – Zarina Anjoulie

Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul merupakan seorang bekas pelakon dan model. Beliau pernah menghilangkan diri sebelum ini setelah mendirikan rumahtangga bersama suaminya yang merupakan seorang warganegara Brunei dan berpindah ke sana. Namun perkahwinan beliau tidak kekal lama apabila jodoh tidak panjang dan beliau kini bergelar ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 5 tahun.

Setelah mengalkan dunia hiburan, Zarina lebih aktif di media sosial sebagai ahli perniagaan dan menggunakan platform berkenaan untuk mempromosikan produk beliau. Di samping itu juga Zarina turut menjana pendapatan sampingan dengan membuat ulasan produk para peniaga lain.

Setelah bergelar ibu tunggal, Zarina kini selesa hidup berdua bersama anak lelaki beliau. Anak lelaki Zarina di lahirkan pada 19 Ogos 2016 di Brunei dan dikenali sebagai Martin Ezra Mikael.

Sebagai rekod Zarina pernah mendirikan rumahtangga kali kedua tahun lalu namun rumahtangga beliau itu hanya mampu bertahan selama beberapa bulan setelah mereka tidak lagi sefahaman.

Menerusi perkongsian terkini beliau, Anju berkongsi luahan rasa hatinya apabila terpaksa menghadapi kerenah anaknya Martin yang datang menyimbah air ke muka dan baju beliau yang ketika itu sudah pun bersiap untuk keluar.

Tingkah laku anaknya itu mengundang pelbagai rasa buat dirinya dan beliau berkata dirinya merasa sangat emosi dengan perkara yang telahpun berlaku itu.

Kejadian tersebut dikongsikan Anju bersama para pengikut akaun Instagram beliau demi mendapatkan pandangan kedua daripada netizen. Dalam masa yang sama beliau juga bertanyakan pendapat adakah dirinya terlalu emosi kerana merasa saakit hati dengan tingkah laku anaknya itu.

Rata-rata pengikut akaun instagram beliau meminta pelakon tersebut supaya bersikap positif dan berfikir bahawa berkemungkinan besar Allah sedang melindungi dirinya daripada sesuatu yang berbaahaya sekiranya beliau keluar tepat pada masa yang dirancangkan itu.

Namun netizen kebanyakkan juga turut berkongsi pengalaman yang sama apabila mempunyai anak yg sedang membesar.

Pelbagai ragam yang perlu di hadapi oleh para ibu dan bapa yang mempunyai anak sebaya dengan anak Anju iaitu Martin itu. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

“Assalamualaikum, Anju mengapa hal itu berlaku mengapa Allah lambatkan perjalanan kita mesti ada hikmah disebaliknya jadi sentiasa positif ye.” – Netizen

“Perbuatan anak simbah air tu patut ditegur sebab nak mendidik. Tapi jangan sampai mengikut emosi. Maybe boleh suruh anak self reflection perbuatan dia dalam 10minit. Then explain. Jaga anak mmg kena byk sabar kan.. sy pun tgh belajar sabar anak 2 rapat umur nye mmg nakal 2.0” – Netizen

“Mungkin perasaan nya sama bila husband suruh siap then kita siap cecantik pastu Keluar then dia bawak g speedmart beli groceries “ – Netizen

“ya anju ad jgk rasa camtu tapi..kdg Allah gerakkan naluri tu pada ank utk lindungi kita. ada baiknya mungkin melalui sapaan ank kita selamat dari segala mara bahaaya.. bersangka baik. kdg ade rasa nak marah tp kita fikir balik ada hikmahnya” – Netizen

“Hmmmm pernah jgk rasa.. da bersiap make up pakai baju semua tetiba anak berak so sebelum keluar tukar pampers dia dulu.. time nak cuci tu dia simbahnya muka kita dgn air dkt gayung tu. Ya allah nasib pk dia tak sengaja kalau tak da jadi rimau kena jerit “ – Netizen

Semoga Anju terus bersabar dan kuatkan semangat untuk melayani kerenah anaknya itu. Anak-anak pada usia sedemikian pastinya panjang akal dan mempunyai pelbagai ragam.

Sudah lumrah bergelar ibu bapa, kita perlu banyak bersabar dengan tingkah laku dan sikap anak-anak yang sedang membesar ini. Namun percayalah setelah anak-anak meningkat remaja dan dewasa, pastinya ibu bapa pula yang akan mempunyai perasaan rindu terhadap tingkah laku dan perangai anak-anak ini.

Sumber : ig zarina anjoulie

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!