“I tau u dgr setiap kata hati i, u kuat syg, I dan anak2 akn tgu u blk” – Shuib

Seorang suami itu pasti akan resah apabila ada perkara terjadi kepada pasangan hidupnya. Suami yang mengasihi isterinya pasti tidak mahu ada perkara yang buruuk berlaku kepada orang yang mereka sayangi. Namun, jika ditakdirkan terjadi perkara yang tidak diingini pada pasangan kita, yang meratap kesedihan adalah kita sendiri dan kita harus menerima apa sahaja takdir yang telah ditentukan Illahi kelak.

Begitulah pelawak tempatan kita, Shuib yang sangat merisaukan keadaan isterinya yang sudah ditidurkan oleh pihak perubatan demi menyelamatkan beliau dan anak dalam kandungan beliau.

Kita sudah ketahui Shuib dan sekeluarga telah dijangkiiti cvd sejak Julai lalu dan sekarang masing-masing masih dalam proses penyembuhan dan kuarantin.

Tiada siapa dapat menjangka perkara akan datang. Begitu jugalah Shuib sekeluarga tidak menyangka wabak ini akan menjangkiiti ahli keluarganya.

Dengan isterinya yang sedang ditidurkan lagi dan menjaga anak-anak yang sama-sama bertarung untuk cuba melawan wabak ini, tidak disangkal perasaan risau dan sayang Shuib terhadap isteri tercintanya. Baru-baru ini, Shuib berkongsi luahan hati beliau di dalam ‘ig story’ beliau tentang isterinya.

Beliau meluahkan bahawa beliau tahu dalam keadaan isterinya ditidurkan, beliau percaya Sarah mendengar kata hati Shuib. Shuib juga percaya bahawa isterinya itu adalah seorang yang kuat dan beliau bersama anak-anak menantikan kepulangan isterinya setelah sembuh nanti.

Beliau juga berkongsi perkembangan Sarah di hspital di ‘ig story’ dimana Sarah untuk masa kini masih memerluukan oks1gen kerana paras oks1gen dalam badan Sarah masih di tahap krit1kal pada pkul 11 malam semalam.

Namun, baru- baru ini paras oksigen Sarah sudah meningkat dan Shuib meminta agar orang ramai terus mendoakan isteri dan kandungannya.

Beliau juga memberitahu perkembangan anak keempatnya iaitu bayi yang dikandungkan Sarah telah selamat dilahirkan walaupun masih pra-matang. Beliau berkata perkembangan bayi dilihat semakin baik kerana memberi respon seperti membuka mata, menendang dan menggerakan tangan.

Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah banyak berdoa agar Tuhan menyelamatkan sesiapa yang terkena wabak cvd dan melindungi yang mana yang masih sihat. Namun,apa sahaja berlaku kita harus redha dan menerima segala ketentuan Illahi.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!