“Cantik Nyamma pandai buat thums up”- Netizen

Tidak dinafikan bahawa pasangan serasi Fazura dan Fattah sangat disukai ramai. Mana taknya, mereka bagaikan pinang dibelah dua, sama cantik dan sama padan. Muka pun nak dekat sama je kan, yelah bak kata orang dulu-dulu, kalau muka nak dekat sama tu, makna nya jodoh. Haa, tulah apa yang dikatakan oleh orang dulu-dulu.

Sejak kebelakangan ni, sering kali keluar di laman Instagram gelagat Fattah dan Fazura ketika buat live. Tak sangka mereka ni kelakar juga ya, lebih-lebih lagi Fazura, pandai buat pick up line dan buat lawak. Bukan main lagi eh.

Tapi, jangan dilupa kepada anak kesayangan mereka yang bernama Fatima Aisya atau lebih mesra dipanggil Nyamma. Comel kan Nyamma ni, bak kata netizen, mukanya ada gaya daddy nya Fattah,comel sangat.

Yelah, dahla nama pun anak Fattah dan Fazura, boleh tentulah akan iras-iras orang tuanya. Tengok gaya Nyamma ni, seperti sangat manja orangnya. Tak boleh berjauhan dengan mommy dan daddy nya tu. Manja dan comel sangat.

Baru-baru ini, ada dimuat naik video Nyamma yang sangat comel. Macam model tau, siap pakai cermin mata. Yang paling menarik perhatian netizen adalah kerana Nyamma pandai buat thumbs up. Cute, kemain eh, siapa ajar ni ?

Nyamma ni juga pandai layan mommy dan daddy nya borak tau. Ada je saja idea nya nak balas apa yang mommy dan daddy nya cakapkan tu. Petah betul ketika berbicara. Nanti bolehla aunty pun nak ajak Nyamma borak.

Rata-rata netizen semua terhibur dengan gaya dan ragam Nyamma, pandai betul bergaya siap buat thumbs up tau. Bila Nyamma senyum tu, terus rasa cair dengan kecomelan si comel tu. Kecil-kecil dan cantik.

Kecomelan Nyamma tu, adalah diwarisi oleh kecantikan dan ketampatan mommy dan daddy nya. Tapi, tak dinafikan bahawa semua orang itu cantik, tak kisah lah dia anak artis atau tak. Semuanya cantik dan tampan.

Semoga banyak lagi ragam Nyamma lepas ni. Bukan apa, suka tengok kecomelan dan kepetahan nya bercakap. Gaya orang besar dah. Bukan saja mommy dan daddy nya banyak ragam, anak nya pun banyak akal ya.

Sumber : Ig Bamtahdolly

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!