“Jgn tidur lama sgt tau, kuatkan semangat dan buka mata okay” – Shuib Sepahtu

Tular beberapa hari ini kisah mengenai penyanyi Siti Sarah yang kini dalam keadaan kritkal setelah dijangkiti cvd. Lebih menambah rasa sebak apabila penyanyi berkenaan kini sedang sarat hamil anak keempat selama 7 bulan. Oksigen Sarah telah menurun menyebabkan dktor terpaksa mengambil tindakan untuk menidurkan beliau. Namun untuk menyelamatkan kandungan, Sarah akan menjalani pembdahan untuk melahirkan anaknya itu.

Terdahulu pembantu rumah keluarga itu telah dijangkiti cvd menyebabkan Shuib sekeluarga membuat ujian calitan demi keselamatan mereka sekeluarga. Mereka sekeluarga bagaimanapun telah disahkan positif dan menjalani kuarantin. Bagaimanapun keadaan kesihatan Sarah semakin merosot menyebabkan penyanyi tersebut perlu dibawa di bawa ke hspital untuk tindakan segera.

Menerusi perkongsian di media sosial Shuib, Siti Sarah dikhabarkan telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki kira-kira pkul 5 petang semalam. Bayi lelaki tersebut yang dilahirkan pra-matang masih dalam pengawasan pihak hspital dan belum boleh dibawa pulang oleh keluarga.

Menurut Shuib, Sarah telah memilih nama Ayash Affan buat anak lelaki mereka itu. Shuib juga turut berkongsi berita gembira apabila dktor yang sedang mengawasi keadaan anaknya itu memberikan khabar gembira bahawa anaknya itu sudah membuka mata, boleh menendang dan bergerak aktif.

Namun berlainan pula buat Sarah apabila Sarah khabarnya masih belum sedarkan diri. Berbicara mengenai keadaan Sarah, penyanyi tersebut masih memerluukan bantuan oksigen.

Bagaimanapun Shuib bersyukur kerana tahap oksigen Sarah menunjukkan peningkatan kepada 80 peratus. Sarah kini menjalani rawatan di 1cu Hspital Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Terkini menerusi Instagram, Shuib berkongsi rasa bersama para pengikut akaun instagram apabila mengucapkan terima kasih kepada isteri kesayangannya itu kerana telah berjuang demi anak dalam kandungan beliau sehingga anak mereka itu selamat dilahirkan.

Perkongsian Shuib itu menjadi lebih sebak apabila Shuib meluahkan harapan beliau yang sangat besar supaya isterinya kembali sihat dan pulang ke pangkuan keluarga. Beliau dan anak -anak begitu merindui dan mengharapkan isterinya untuk pulang bersama mereka.

Luahan rasa Shuib itu membuatkan netizen mengucapkan rasa sebak mereka dan turut mendoakan supaya Sarah kembali sihat seperti sedia kala.

Rakan- rakan artis dan juga para peminat tidak putus memberikan kata – kata semangat kepada Shuib supaya terus kuat dan bersabar dengan dugaan yang menimpa beliau sekeluarga.

Netizen juga turut mendoakan kesembuhan Sarah malahan satu solat hajat telah diadakan malam semalam demi mendoakan kesembuhan dan kesihatan buat Sarah serta rakan – rakan artis yang lain. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

Shuib berkata beliau tahu isterinya itu seorang yang sangat kuat dalam melawan penyaakit berkenaan dan beliau meminta orang ramai supaya mendoakan isterinya itu agar kembali sihat seperti sedia kala. Beliau dan anak-anak sedang menanti Sarah dengan penuh kesabaran.

Sumber : ig shuib sepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!