“Tak cukup satu k4mbing xpe, jgn tak cukup satu bini”- Bella Astillah

Setiap orang tidak terlepas daripada berhadapan dengan dugaan dan ujian dalam kehidupan. Buat pemilik nama Bella Astillah atau nama sebenar beliau Dayang Nabellah Awang Astillah, beliau dan suaminya Aliff Aziz pernah berc3rai talak satu pada bulan Mei 2019. Mahligai yang dibina Bella dan Aliff selama tiga tahun itu berkecai apabila suaminya itu didakwa kerap berlaku cur4ng bersama wanita lain.

Bella memfailkan permohonan c3rai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac 2019 setelah suaminya itu tertangkap menjalin hubungan dengan wanita lain. Walaubagaimanapun pasangan ini kembali rujuk semula pada Julai 2019.

Namun, Bella sekali lagi diuji apabila baru- baru ini pelakon wanita gandingan bersama Aliff Aziz di dalam sebuah drama telah membuat pengakuan tersuka kepada suaminya.

Bella yang tidak dapat menerima pengakuan daripada pelakon wanita berkenaan telah membuat satu hantaran di Instagram meminta supaya pelakon wanita tersebut menjauhkan diri daripada suaminya.

Pendedahan Bella terhadap pengakuan pelakon wanita tersebut mengg3mparkan industri hiburan memandangkan Aliff Aziz juga mempunyai kisah silamnya sebelum ini.  Ramai rakan artis yang tidak dapat menerima sikap tidak professional pelakon wanita tersebut.

Malahan netizen juga mengkritik sikap pelakon wanita tersebut yang menyimpan perasaan terhadap suami orang lain. Bagaimanapun Bella berkata beliau dan Aliff berjaya menyelesaikan isu berkenaan dengan professional dan Aliff juga membuat keputuusan untuk tidak lagi berlakon bersama pelakon wanita tersebut demi menjaga hati Bella.

Menerusi perkongsian terbaru Bella di Instagram, beliau memuatnaik satu video untuk mempromosikan produk kambing perap keluaran Pak Mat Western yang di lakonkan oleh beliau dan suaminya Aliff Aziz.

Namun begitu, lakonan dan situasi yang di lakonkan untuk iklan berkenaan telah mengambil isu yang sedang di hadapi oleh pasangan berkenaan ketika ini membuatkan netizen terhibur.

Mengintai keruangan komen, netizen berkata dialog yang di tuturkan Bella benar- benar tepat menggambarkan situasi pasangan tersebut ketika ini.

Malahan lakonan mereka berdua juga di katakan sudah seperti drama yang di tayangkan di televisyen. Almaklum kedua- dua mereka juga merupakan pelakon. Dialog Bella betul- betul makan dalam. Sabar lah Aliff ya. Jom baca apa lagi komen netizen.

Sebagai rekod, Bella dan Aliff telah berkahwin pada 9 September 2016 dan sehingga kini perkahwinan mereka berdua dikurniakan dua orang anak, iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Pergolakan rumahtangga pasangan ini suatu masa dulu bukan lagi rahsia namun ternyata jodoh antara mereka masih lagi kuat. Bukan mudah untuk pasangan ini mempertahankan rumahtangga mereka. Semoga hubungan mereka berdua tetap utuh sehingga akhir hayat.

Sumber : ig bellaastillah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!