“Bila mak mertua suka naik motor, merempit selalu dgn kami” – Nourul Depp

Siapa tak gembira dan senang hati jika dapat mertua yang sekepala. Tak ramai orang yang bernasib baik mempunyai ibu mertua yang memahami dan sangat sayang kepada menantu. Ada kalanya, pasti menantu dan mertua ada selisih fahamnya disebabkan pendirian dan pendapat yang berbeza. Tapi beruntung pula buat artis wanita yang satu ini kerana memiliki ibu mertua yang baik.

Nurul Wahab ataupun kini dikenali sebagai Nurul Depp setelah berkahwin dengan suaminya iaitu Eric Daniel Depp yang berasal dari negara Perancis ini mempunyai hubungan yang sangat akrab sekali dengan ibu mertua mat sallehnya itu.

Nurul memang terkenal dengan sikapnya yang memang sempoi sejak dahulu lagi malah tidak pernah berubah hingga sekarang. Walaupun bergelar sebagai penyanyi dan artis, dia tidak pernah malu berkongsi moment-moment sederhananya bersama keluarga yang kini sudah menetap di Bali, Indonesia.

Perkahwinan yang dibina pada tahun 2012 dan sudah hampir mencecah 11 tahun lamanya ini telah membuat Nurul juga fasih bercakap dalam bahasa ibunda suaminya iaitu Perancis. Dalam video yang sering dikongsikan olehnya, terlihat mereka sekeluarga memang lebih sering berbahasa Perancis berbanding bahasa Melayu dan Inggeris.

Hubungan rapat antara Nurul dan ibu mertuanya itu sering dirakam oleh Nurul dan dikongsikan di Instagramnya. Sehinggakan untuk merempit dan naik motor bersama menantunya itu pun dia tidak kisah langsung dan tidak keberatan walaupun umurnya sudah semakin senja.

Video mereka berdua menaiki motor itu telah dirakam oleh Nurul sendiri yang katanya hendak membeli barang keperluan di rumah. Dalam komen video tersebut juga sempat menanyakan tentang lesen yang dimiliki oleh Nurul yang katanya memiliki lesen dari negara Indonesia itu sendiri.

Ramai peminat yang memuji sikap kasih-sayang yang tulus dari Nurul kepada kedua mertuanya itu yang kini telah tinggal bersama mereka sekeluarga di Bali. Malah, ada yang memuji ibu mertuanya juga yang tidak pilih kasih dan turut menyayangi Nurul sama seperti anaknya sendiri.

Suka sangat tengok keluarga Nurul yang kini sudah berhijrah ke negara seberang. Nak pergi mana-mana pun boleh naik motor je. Tak perlu susah-susah hadap kesesakan lalu lintas seperti di sini. Semoga keluarga Nurul sentiasa ceria dan bahagia di negara orang.

Sumber: Instagram Nurul Wahab

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!