“Troli ke lain, mata ke lain sudahnya terbabas” – Netizen

Umum mengenali personaliti media sosial iaitu pasangan suami isteri Ryzal Ibrahim dan Maryam terkenal dengan saluran youtubenya iaitu Duriankimchi. Video pasangan ini mulai tular menerusi gelagat mereka yang sering bergurau senda antara satu sama lain. Maryam merupakan seorang wanita warganegara Korea dan juga merupakan seorang mualaf setelah mendirikan rumahtangga bersama Ryzal.

Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal mula mengenali Maryam atau nama sebenarnya Maryam You Narae ketika melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan di Universiti Korea, Seoul.

Sebagai seorang personaliti dan pempeng4ruh media sosial, kehidupan mereka berdua tidak sunyi dengan pelbagai kec4man netizen. Sebelum ini Ryzal juga pernah mendapat kritiikan netizen setelah berkongsi momennya menghadiahkan stroller bayi mewah untuk cahaya matanya, Rina yang bernilai ribuan ringgit.

Rata-rata netizen dilihat memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ada yang mempertahankan pasangan personaliti media sosial ini yang dikatakan mempunyai hak berbelanja untuk anak mereka.

Baru- baru ini, Maryam juga berjinak- jinak untuk mula bertudung dan mengumumkan sudah mula berhijab. Maryam juga mencuri perhatian warganet apabila memuat naik beberapa foto memaparkan dirinya mengenakan hijab.

Kongsi Maryam lagi, pada awalnya beliau selalu risau sekiranya merasa panas setelah bertudung penuh bagaimanapun sangkaan dirinya itu meleset apabila berniat memakai tudung dengan perasaan ikhlas dan bukan terpaksa.

Perkongsian Maryam itu mendapat respons positif dalam kalangan warganet apabila rata-rata mereka memuji penampilan dan mendoakan agar dia kekal istiqamah mengenakan hijab.

Selain perubahan penampilan Maryam yang mendapat perhatian posiitif, gelagat anak mereka Rina juga sering menerima perhatian netizen.

Terbaru, menerusi perkongsian di instagram durian kimchi, Ryzal berkongsi video terbaru aktiviti beliau bersama keluarga. Ryzal membawa anaknya Rina ke sebuah kedai permainan dan memberikan troli kecil kepada anaknya untuk mengambil apa sahaja permainan yang di ingini si kecil tersebut.

Gelagat Rina yang rambang mata dan merasa teruja berada di dalam kedai permainan berkenaan mencuit hati netizen. Apatah lagi apabila Rina menolak trolinya sambil memandang ke arah pelbagai permainan yang menarik perhatiannya.

Mengintai ke ruangan komen, rata- rata netizen terhibur dengan gelagat kanak- kanak berkenaan. Apatah lagi melihat senyuman pada wajah dan mata Rina yang bersinar kerana tidak keruan melihat pelbagai jenis permainan yang menarik hati.

Netizen juga terhibur dengan tindak tanduk Rina yang menolak troli sehingga beberapa kali terbabas. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Sebagai rekod, pada 21 Oktober 2021, pasangan ini menyambut kelahiran bayi perempuan sulung mereka. Ryzal turut mengumumkan nama bayi mereka iaitu Rina bersempena nama gabungan mereka berdua Rizal dan Narae.

Sumber: Instagram duriankimchi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!