“Tak berd0sa kiikis laki sendiri kan”- Syatilla Melvin

Peranan suami dalam melaksanakan tanggungjawab sangat penting bagi mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Malah rumah tangga pasangan suami isteri yang aman dan harmoni semestinya mampu dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik sesama mereka, seperti berkasih sayang, tolak ansur dan wujudnya persefahaman. Suami dan isteri juga perlu saling melengkapi kehidupan antara satu sama lain.

Pernahkah anda dengar, jika seorang suami itu sentiasa memberi segala yang diinginkan isterinya maka akan murah rezeki si suami tersebut? Ya memang benar. Dan si suami yang tidak berkira dengan isteri dari segi wang ringgit juga mampu membuatkan rumah tangga lebih bahagia bersama.

Jika lihat pada keluarga pasangan selebriti Syatilla dan Sam, masing-masing mempunyai karakter yang menghiburkan. Sehinggakan apa saja video mereka yang dikongsi di Instagram, pasti menerima banyak tontonan daripada netizen.

Malah baru-baru ini, Syatilla berkongsi video lucu yang menarik perhatian netizen. Kelihatan Sam ‘sabar’ melayan kerenah isterinya, lawak sungguh mereka berdua.

Untung Syatila terima berkeping-keping duit nota RM50 daripada suaminya hehe.. Meskipun video tersebut hanya bertujuan untuk mempromosikan produk terbaru milik Sam, video tersebut berjaya menarik perhatian ramai.

Video berkenaan sudah cecah 800,000 tontonan dan menerima respon yang tinggi daripada netizen. Rata-rata netizen akui suka melihat pasangan selebriti ini lebih-lebih lagi ketika berganding bersama di dalam video.

“Tak kering gusi nengok depa ni, hahaha sam sam layan je bini dia punya lawak, the best partner bila buat video tak pernah tak kelakor”- Netizen

Sementara itu, Sam dan Syatilla masing masing menguruskan perniagaan mereka. Sam kelihatan sibuk menguruskan perniagaan barunya iaitu baju melayu yang dijual bersempena musim raya aidilfitri tidak lama lagi.

Syatilla pula sibuk dengan produk kosmetiknya dan masih aktif meskipun sedang hamil anak ketiga.

Seronoknya tengok keluarga Sam dengan Syatilla ni, happening sungguh. Ada je video diorang yang buat kita geli hati,yang penting masing masing kelakar hehe..

Sumber: Instagram Samtilla

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!