“Ni duet cinta jarak jauh ke macam mana” – Netizen

Rupanya Afieq ini seorang yang sangat humble, tidak beliau kisah seandainya ada peminat yang mengajak untuk berduet bersama. Meskipun sedang beliau makan di sebuah restoren namun, permintaan peminat tidak pernah beliau hampakan. Tapi agak lain cara mereka berduet bersama, mengapa pula jarak jauh menyanyinya. Bukan saja jarak yang menarik perhatian tetapi suara perempuan itu pun jadi perhatian.

Mana kan tidaknya, suara perempuan tersebut sangat merdu, malah membuatkan ramai selesa dan menyukai nyanyiannya.

Jarak yang membuatkan video tersebut diberi perhatian, masing-masing menyanyi bersama namun tidak duduk bersama. Afieq duduk dibahagian pelanggan manakala perempuan tersebut di bahagian kaunter.

Bukan saja perempuan tersebut mendapat perhatian. Afieq yang sememangnya seorang penyanyi turut menarik perhatian. Suara beliau saling tak tump4h seperti penyanyi asal lagu tersebut, lunaknya tidak dibuat-buat.

Kelunakkan suara Afieq dipuji malah mengatakan hanya menyanyi dalam keadaan duduk pun dapat memberikan yang terbaik. Suaranya memang kena dengan lagu mendayu sedemikian.

Afieq juga seorang anak mama. Sentiasa membawa mak nya kemana-mana dan dangat menyanyangi ahli keluarga. Sebenarnya yang menguruskan jadual Afieq adalah maknya sendiri.

Hanya perkongsian biasa tapi video tersebut telah mendapat lebih 10 ribu tanda sukaan. Mungkinkah ada jodoh diantara mereka. Ramai pula mendoakannya.

Lihatlah komen-komen netizen, semuanya mengatakan mengenai jodoh dan cinta. Namun Afieq menafikan kerana ia hanyalah layanan kepada pemjnat saja.

Afieq ni sejak dari kecil lagi memang humble sehinggalah sekarang sikapnya memang begitu. Nyanyiannya pun semakin hari semakin baik.

Sumber: ig afieq.shzwn

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!