“Mcm tak percaya saya berlakon dgn primadona”- Dato Seri Vida

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon dan primadona Malaysia, Fauziah Nawi yang telah lama berkecimpung dalam dunia lakonan selama berpuluh-puluhan tahun. Beliau antara artis yang cukup berpengalaman dan setiap adegan sedih yang dilakonkan Fauziah mampu meruntunkan hati penonton. Siapa sangka, sehingga kini beliau masih kuat berlakon dan jasanya pada industri pefileman Malaysia sememangnya tiada tandingan.

Bukan mudah untuk kita melihat pelakon-pelakon yang berbakat seperti Fauziah Nawi. Dan sudah tentu industri lakonan malaysia juga memerluukan pelapis seperti beliau.

Di usia yang sudah hampir memasuki 70 tahun, beliau seharusnya berehat daripada dunia lakonan namun semangat beliau cukup kuat. Inilah contoh semangat kuat daripada pelakon veteran.

Malah baru-baru ini, Fauziah dikatakan bakal berlakon bersama Dato Seri Vida. Betul ke?

Kerana baru-baru ini, Dato Vida berkongsi video dirinya bersama pelakon popular itu dan kapsyen ditulis Vida mengatakan beliau bakal berganding berlakon dengan Fauziah tidak lama lagi.

Kata Vida lagi, beliau sangat minat dengan lakonan Fauziah sehingga mampu menyentuh hati Vida sendiri. Betul-betul menghayati watak kan..

Jikalau Vida dan Fauziah berganding dalam sebuah drama, pasti akan jadi lain daripada yang lain. Sejauh mana kebenaran itu, kita nantikan sahaja update daripada mereka.

Sementara itu, video Vida telah menerima 35,000 tontonan dan ruangan komen juga menerima respon daripada warga netizen.

Produk keluaran syarikat Vida juga adalah salah satu produk kesukaan Fauziah yang beliau selalu amalkan. Boleh lah promote sekali alang-alang kan..

Kalau betul Dato Vida berlakon dengan Ibu Fauziah, confirm laku keras cerita tu hehe. Ibu Fauziah pun lakonannya memang mantap dari dahulu hingga sekarang.

Sumber: Instagram datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!