“Mantap, cam tengok mission imp0ssible pulak” – Erry Putra

Siapa je tak tahu filem terkenal Abang Long Fadil ni, rasanya rata-rata sudah mengetahui dah sudah menonton filem tempatan terhangat ni. Mana taknya, syok melayan filem ini, tambahan pulak iainya dibintangi oleh pelakon terkenal tanah air seperti Zizan Razak. Kalau korang tonton filem ni dari musim pertama, pasti anda tak sabar kan ?

Bagi mereka yang sudah menonton filem Mat Kilau, pasti anda tak sabar kan menunggu filem seterusnya arahan anak beranak ini kan, kali ini adik Syamsul Yus0f pula menyajikan kita filem yang bakal viral. Mereka tidak pernah mengecewakan peminatnya dan sentiasa memberikan yang terbaik kepada semua. Kemaruk Mat Kilau tak habis lagi, tiba-tiba adik nya pula beri kejutan filem terbaru pula.

Tapi, Abang Long Fadil ini pula filem arahan adik kepada pengarah terkenal itu, iaitu Syafiq Yusof. Senang cakap, anak beranak ni memang sangat hebat dan kreatif pemikiran nya dalam mengarahkan sesebuah filem, anak beranai dar4h seni lah katakan.

Musim kalini masih mengekalkan pelakon utama iaitu Zizan Razak yang melakonkan watak Fadil yang merupakan seorang bekas gansgter yang dalam misinya menjejak sorang ejen perisik. Apa pula ye gelagat si Fadil dalam musim kali ni, tak sabar lah.

Apa yang lebih menarik ialah barisan pelakon bagi musim ini adalah gabungan dari pelawak-pelawak terkenal antaranya Johan. Dah lama kan tak tengok Jozan bergabung. Tengok teaser pun dah boleh buat orang tergelak, belum full movie lagi.

Shuib pun ada tau, tapi selintas saja klip nya, dengar kata jadi polis, aduh, excited betul lah, tapi lambat lagi ditayangkan. Bukan saja mereka Dato AC Mizal pun ada , teringat pula watak nya dalam filem Cicakman, adakah beliau akan memain watak yang serupa ?

Selain itu, Elizabeth Tan pun ada tau, kalau tengok di teaser, beliau siap berlawan-lawan lagi tau, macam tak percaya kan, sangat sesuai watak yang dibawakan. Maya Karin pun turut serta dalam filem kali ini. Aduh, nak sebut semua barisan pelakon, memang tak tersebut, tapi semuanya pelakon hebat.

Antara komen netizen ialah “mantaps macam tengok the misson impossible pula”, mantaps macam tengok the misson impossible pula, “Terpaling padu” dan sebagainya. Haa tak senang duduk semua yang komen.

Walaupun filem masih sebulan berbaki sebelum ditayangkan, iaitu pada 8 September, tapi peminat dah tak senang duduk. Mana taknya, tengok teaser saja dah buat semua excited. Justeru, marilah kita sokong filem lokal supaya terus maju.

Sumber : Ig Zizanrazak869

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!