“Ni muka budak keramat ni” – Hazama

Siapa yang tidak mengenali penyanyi serta pengacara lawak, Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil sebagai kak lina pom pom? Tentu sahaja semua rakyat Malaysia mengenali selebriti ini yang mula berkecimpung dalam dunia seni sejak tahun 1997 lagi. Walaupun sudah berumur 41 tahun pada bulan Disember tahun ini, namun raut wajahnya masih lagi kelihatan seperti baru menginjak 20 tahun.

Baru-baru ini, kak lina kepom telah memuatnaik foto beliau yang memakai tudung dan wajah kak lina disitu tidak ubah seperti budak sekolah menengah yang baru habis SPM.

Agak-agaknya ibu yang bakal melahiran cahaya mata tidak lama lagi ni rindu kembali ke alam persekolahan tak? Terdahulu, kak lina kepom juga pernah mengongsikan fotonya yang juga memakai tudung dan mengatakan bahawa dia mirip Che Ta.

Kemarin, kak lina kepom mengongsikan foto melalui akaun Instagramnya yang mana telah berjaya menarik perhatian ramai apabila berjaya meraih sebanyak 37,255 likes dan 562 komen.

Foto tersebut simple sahaja, namun apa yang menarik perhatian netizen adalah raut wajah kak lina kepom yang tampaknya seperti perempuan remaja. Kak lina turut membahaskan dirinya sebagai Haslin bte Yaakop dan nama manja Linkop. Kehkehkeh. Ada-ada sahaja idea kak lina mahu bergurau.

Muka kak lina tanpa secalit mekap mungkin yang membuatkan dirinya kelihatan begitu muda berbanding dengan usia asal.

Nampak ayu dan tak ubah seperti wajah pelajar tingkatan 6 ujar salah seorang followers Instagram kak lina. Rakan artis kak lina seperti Zarina Zainuddin, Azza Elite dan Hazama turut tidak ketinggalan untuk memeriahkan lagi ruangan komen posting kak lina kepom ini.

Kak lina pom pom juga tidak lupa untuk membalas komen-komen rakan artis serta para peminatnya dengan selamba dan penuh gurauan.

Patutlah banyak netizen yang mahu memberikan komen pada posting kak lina, rajin benar kak kepom ini bergurau tidak kira pada rakan artis mahupun para followersnya.

Kak lina kepom yang masih lagi berada di London pada masa sekarang sudah tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan anak yang masih berada dalam kandungannya. Terdahulu, kak lina mengalami ‘contractions’ sehingga dia memikirkan bahawa sudah tiba masanya untuk dia bersalin.

Ternyata sangkaannya meleset apabila doktor mengesahkan bahawa belum sampai masanya lagi untuk kak lina melahirkan bayi. Setelah dirawat di hspital, kak lina kemudiannya kembali ke London untuk tinggal bersama-sama dengan suami dan anak perempuannya.

Sumber: Instagram Elly Mazlein

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!