“Dah lah cantik, tinggi budi bahasa Neelofa ni”- Pak Nil

Sebut nama gerangannya sudah pasti ramai mengenali selebriti dan usahawan popular , Noor Neelofa yang sentiasa mencuri perhatian netizen. Neelofa antara selebriti yang telah berhijrah dan kisah penghijrahannya telah memberi inspirasi kepada ramai orang termasuklah rakan-rakan selebriti tempatan. Di sebalik populariti Neelofa ini, Neelofa sememangnya seorang yang berbudi dan sentiasa menghormaati orang lain.

Lebih-lebih lagi apabila Neelofa sudah memakai niqab sekarang, beliau kini lebih menjaga batas pergaulan demi memelihara maruah suami dan keluarga.

Selain Neelofa yang menjadi perhatian netizen, anak sulung Neelofa iaitu Bilal juga antara yang menjadi topik bualan hangat netizen. Neelofa belum mendedahkan wajah sepenuhnya Bilal dan hanya menunjukkan wajah Bilal dengan keluarga serta sahabat terdekat sahaja.

Ramai menantikan wajah Bilal namun ada juga yang mengecam Neelofa gara-gara ‘kedekut’ untuk mendedahkan wajah Bilal secara umum.

Rakan terdekat Neelofa iaitu Pak Nil yang merupakan ‘guru’ buat Neelofa sudah melihat wajah Bilal. Neelofa sendiri menunjuk video-video Bilal kepada Pak Nil seperti yang diceritakan oleh Pak Nil menerusi kapsyen ditulis beliau di Instagram.

Baru-baru ini, Neelofa datang ke rumah Pak Nil untuk berguru dengan beliau. Ujar Pak Nil menerusi kapsyen pada posting beliau, Neelofa datang membawa buah tangan buat Pak Nil dan katanya tidak mahu tangan kosong sahaja apabila datang berguru dengan seseorang.

Kata Pak Nil lagi, Neelofa sememangnya seorang yang tinggi budi bahasa dan membawa sejadah eksklusif buat Pak Nil sebagai buah tangan.

Video Pak Nil itu telah menerima 55,000 tontonan dan menerima komen-komen positif daripada netizen.

Ramai netizen juga menzahirkan doa buat Neelofa dan Pak Nil agar dimurahkan rezeki kerana dua ikon ini antara selebriti yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang-orang yang memerluukan.

Sebab itu rezeki Neelofa sentiasa melimpah ruah. Sikit pun tak kedekut dengan sahabat dan keluarga. Semoga Neelofa dimurahkan rezeki ya. Agaknya bila lah Neelofa nak tunjuk wajah Bilal kan…

Sumber: Instagram aznilnawawihm

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*