“Bagusnya Chef Wan bawa bonda tercinta, happy2”- Netizen

Tiada apa yang lebih bermakna dalam hidup ini selain dapat membalas semula jasa kedua ibu bapa yang penat lelah membesarkan kita sejak kecil. Tapi itulah, tak semua anak mampu menjaga seorang ibu atau pun bapa apatah lagi ketika mereka telah diambang keuzuran dan memerlvkan penjagaan yang lebih. Begitupun, itulah yang berjaya dibuktikan cef selebriti, Datuk (Dr) Chef Wan.

Bukan setakat tahu tunjuk ajar memasak, Chef Wan nampaknya berjaya menunjukkan contoh teladan mulia kepada ramai di luar sana iaitu untuk menjaga seorang ibu yang sudah lanjut usia. Bukan setakat menjaganya di rumah, bahkan acap dibawa mengikutnya ke mana-mana sekali.

Lihat sahaj4lah perkongsian beliau yang membawa sama ibunya yang mesra digelar Cik Ani ke sebuah kenduri perkahwinan ini. Walaupun wanita itu dikatakan menghidap dem3ntia dan Alzh3imer, nama itu bukan penghalang buatnya membuat ibunya itu gembira.

Ada sahaja omelan Chef Wan yang gemar mengusik ibunya. Yang pasti rakan semeja juga memberi sokongan kepada Chef Wan. Cik Ani juga kelihatan gembira dilayan hingga berjoget dia dibuatnya oleh pelakon, Zahida Rafik.

Apa pun, tak kurang yang sebak melihat layanan Chef Wan terhadap ibunya itu. “Suka tengok cara Dato Chef Wan serta beberapa selebriti lain jaga dan layan ibu masing2. Kita yang tengok pun boleh tersenyum. Moga beroleh keberkatan semuanya.

Moga Cik Ani terus sihat, bahagia selalu dunia dan akhirat…Aamiin”, “Syurga utk chefwan Insya Allah yg selalu jaga and gembira kan ibu ibu ibu”, “suka nya tgok mak nya happy..berhibur..kita tgok pn happy..comey sungguh..” itu antara komen netizen di hantaran Chef Wan itu.

Menurut Chef Wan, disebabkan s4kit dihadapi, ibunya itu ibarat hidup gembira dalam dunianya sendiri. Itulah sebab katanya tatkala mendengar muzik, Cik Ani terus rasa nak berjoget. Begitupun katanya, ada sesetengah pes4kit sama yang bertukar perwatakan sebaliknya.

Ada sesetengah penghidap s4kit itu yang boleh menjadi watak bermusuhan, agak ganas dan menyendiri. Ada pula terlalu senyap hingga nampak kehilangan pun ada. Kata Chef Wan, sangat menyedihkan apabila melihat keadaan pes4kit sedemikian itu di klinik.

Apa pun sejak akhir-akhir ini memang agak kerap nampak kelibat Cik Ani di samping Chef Wan di media sosialnya. Ramai yang kagum dengan usaha Chef Wan dalam menjaga dan menggembirakan hati ibunya itu.

Untuk info, Chef Wan merupakan anak sulung daripada tujuh adik beradik kepada pasangan Ismail Md Nor dan Noraini Abdullah. Bapanya seorang askar berpangkat korperal dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) manakala ibunya merupakan seorang suri rumah yang berasal dari Singapura.

Chef Wan dan keluarga berpindah ke Kuala Lumpur kerana ayahnya dipindahkan dari The British Royal Air Force ke The Malaysian Air Force ketika beliau berumur 3 tahun. Hasil perkahwinannya dengan Norharyati Ayub beliau dikurniakan dua anak, iaitu Serina Redzuawan dan Chef Riz atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Redzuawan.

Sumber : Ig Chef wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!